Penggemar sukan rafting?
Kiulu White Water Rafting, Aktiviti Perakitan Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur. Sekiranya anda mahu mencuba aktiviti baharu sambil menikmati pemandangan yang merangkumi kampung, ladang getah dan kebun buah-buahan di tepi sungai, anda boleh cuba white water rafting di Sungai Kiulu sekiranya anda berada di Sabah!

Apakah itu white water rafting?
Aktiviti ini adalah aktiviti rekreasi yang menggunakan rakit kembung untuk menavigasi sungai. Ini sering dilakukan di atas permukaan air putih atau mengikut arus air yang bergelombang.
Air putih dibentuk apabila kecerunan sungai berubah cukup untuk menghasilkan pergolakan yang banyak sehingga udara dimasukkan ke dalam air maka membentuk arus berbuih dan tidak stabil. Fenomena ini menampilkan air seolah-olah kelihatan putih.

Lokasi Kiulu White Water Rafting
Sungai Kiulu terletak di bahagian barat laut Sabah, di sebuah bandar kecil bernama Kiulu di daerah Tamparuli. Sungai ini diklasifikasikan gred I – II dan selamat untuk kanak-kanak dan cukup lembut untuk warga tua (umur maksimum 54 tahun). Ia juga sesuai untuk beginner dan boleh dilakukan oleh seisi keluarga!

Adakah anda minat?
Sekiranya anda berminat untuk menyertai aktiviti ini, anda dikehendaki untuk mendaftarkan diri melalui agensi pelancongan (anda boleh search dalam Google, banyak pilihan untuk anda beserta dengan pakej-pakej ditawarkan) atau pergi ke booking centre yang diiktirafkan iaitu Mari-Mari Cultural Village, Mari-Mari Mantanani Island, dan Kampar Perak/Ulu River Lodge untuk mendaftar. Anda boleh memilih untuk mengambil pakej yang menawarkan perkhidmatan pick up atau pilih untuk pergi ke lokasi dengan transport sendiri.

What to expect?
Semestinya sebelum melakukan aktiviti ini, mereka akan mengadakan sesi taklimat keselamatan yang dijalankan oleh panduan rakit profesional. Mereka akan menunjukkan teknik rafting dan pengendalian peralatan rafting yang betul sebelum rafting bermula.
Trip ini akan merangkumi sepanjang 15km, menjadikannya trip berakit air putih terpanjang di Borneo. Pada aras air sederhana, ia boleh merangkumi sepanjang 7km. Aktiviti ini akan mengambil masa 1 ½ – 2 jam dan ending point nya adalah sebuah BBQ lunch yang disediakan di tepi sungai (lain agensi, lain tawaran pakej; untuk kes ini, pakej ini yang disediakan oleh riverbug.asia)

Jum berakit!
Kini, banyak agensi pelancongan Sabah menawarkan promosi, termasuk aktiviti ini. Jika anda rasa nak cuba benda baru dengan seisi keluarga (atau dengan member-member anda), anda boleh cuba aktiviti ini! Anda pasti kagum dengan keindahan alam semulajadi yang merangkumi kampung-kampung di sekitar Sungai Kiulu.
