I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Amalkan Animisme, Ketahui Sakai Dan Jakun Suku Kaum Orang Asli Di Malaysia
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Amalkan Animisme, Ketahui Sakai Dan Jakun Suku Kaum Orang Asli Di Malaysia

Oleh Nazihah AN 27 September 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Amalkan Animisme, Ketahui Sakai Dan Jakun Suku Kaum Orang Asli Di Malaysia

Dua kaum ini merupakan kaum orang asli yang duduk di Semenanjung Malaysia.

Amalkan Animisme, Ketahui Sakai Dan Jakun Suku Kaum Orang Asli Di Malaysia. Di Semenanjung Malaysia juga mempunyai orang Asli yang duduk di dalam hutan hujan tropika, mereka juga mempunyai identiti dan budaya yang tersendiri. Dan antara kumpulan orang asli tersebut adalah kaum Sakai dan juga Jakun.

Dalam kesusasteraan awal, kaum Sakai merujuk kepada orang Asli yang duduk di Semananjung Malaysia, antaranya di Jeram Kawan, Daerah Batang Padang, Perak. Dan manakala Jakun pula di Kampung Peta yang terletak berdekatan dengan Taman Negara Johor Endau Rompin.

Amalkan Animisme, Ketahui Sakai Dan Jakun Suku Kaum Orang Asli Di Malaysia
Kiri adalah Kaum Senoi/ Sakai. Kanan adalah Kaum Jakun

Masih ada yang guna dua perkataan ini untuk menyinggung perasaan orang.

Sedihnya, perkataan ‘SAKAI’ dan ‘JAKUN’ ini dikamuskan dengan maksud yang kurang enak dan menyinggung perasaan seseorang. Sakai dan Jakun ini sering digunakan untuk menggambarkan individu yang sangat teruja apabila melihat sesuatu.

  • Contohnya; “Sakai betul, memang tak pernah tengok benda ni ke?”

Oleh itu, ketahuilah bahawa dua kaum ini sebenarnya wujud di Malaysia. Jom baca lebih lanjut di bawah:

Amalkan Animisme, Ketahui Sakai Dan Jakun Suku Kaum Orang Asli Di Malaysia
Amalkan Animisme, Ketahui Sakai Dan Jakun Suku Kaum Orang Asli Di Malaysia. Sumber gambar: New Straits Times

1. Fakta menarik mengenai kaum Jakun

Fakta menarik berkenaan Jakun, mereka mempunyai kepercayaan terhadap Rerabik (rama-rama). Menurut mereka sekiranya rerabik memasuki ke dalam rumah, ini adalah petanda yang tidak baik.

Pertanda ini boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama ialah apabila seseorang itu ingin ke hutan pada keesokan hari tetapi pada malam sebelumnya rumah orang itu didatangi oleh rama-rama tersebut ini memberi erti kesulitan dalam perjalanan kerana dikhuatiri akan bertembung dengan harimau. Jenis kedua ialah rama-rama ini juga melambangkan kejahatan sedang berluasa di persekitaran rumah dan membawa bencana atau maksud yang tidak baik.

Amalkan Animisme, Ketahui Sakai Dan Jakun Suku Kaum Orang Asli Di Malaysia
Sumber gambar: imkiran.com

Selain itu, mereka juga percaya terhadap serangga yang dikenali sebagai Riang-Riang. Serangga ini lebih besar daripada ‘cicadas’ dan berpaut pada batang pokok besar. Pepijat ini akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat pada waktu senja sehingga awal petang.

Mereka percaya bahawa serangga ini adalah sebagai peramal metereologi. Kebiasaannya masyarakat akan menggunakan bunyi sebagaipetanda musim kemarau dan juga musim banjir. Tambahan, kajian juga menyatakan bahawa bunyi ini menandakan khabar yang tidak baik di kalangan keluarga terdekat. 

Melayu Proto (Jakun): Hampir menyerupai orang Melayu Islam dengan bentuk badan yang lebih berat dan warna kulit yang lebih gelap daripada Senoi. Rambut lurus berwarna gelap. Mereka juga animisme.

Amalkan Animisme, Ketahui Sakai Dan Jakun Suku Kaum Orang Asli Di Malaysia
Amalkan Animisme, Ketahui Sakai Dan Jakun Suku Kaum Orang Asli Di Malaysia. Sumber gambar: iluminasi.com

2. Fakta menarik mengenai kaum Sakai/ Senoi

Menariknya, dalam sebuah karya milik Kilton Stewart yang merupakan ahli antropologi di US telah mengkaji bahawa kaum Sakai ini berkebolehan untuk mengawal mimpi sejak kecil lagi. Mereka juga mendidik anak-anak mereka untuk menguasai kemahiran dalam perihal ‘lucid dream’ atau mimpi nyata.

Senoi (Sakai): Tubuh tegap dan agak tinggi dengan kulit yang lebih cerah daripada Semang. Rambut beralun, berwarna gelap seperti buah berangan (chestnut). Mengikut kajian, orang Senoi adalah petani berpindah yang tinggal di rumah panjang komunal yang besar dan mempercayai agama animisme.

Amalkan Animisme, Ketahui Sakai Dan Jakun Suku Kaum Orang Asli Di Malaysia
Amalkan Animisme, Ketahui Sakai Dan Jakun Suku Kaum Orang Asli Di Malaysia. Sumber gambar: indozone.id

Walau bagaimanapun istilah Sakai ini turut memberi maksud ‘hamba’, dan mempunyai konotasi yang menghina dan dianggap tidak disukai oleh orang asli. Oleh itu, Sakai telah digantikan dengan label Senoi (yang bermaksud ‘manusia’ dalam bahasa Senoik)

Walaupun istilah Sakai tidak lagi digunakan untuk merujuk kepada orang asli Malaysia, namun kini ia adalah istilah untuk populasi orang asli di wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat, Pattani, Yala, Satun, Phattalung, dan Trang.

Rujukan:

  • Kajian KEPERCAYAAN MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN
  • Subgroup ‘names’ of the Sakai (Thailand) and the Semang (Malaysia): A literature survey
  • Practice Cultural of Orang Asli Jakun at Kampung Peta
  • Ethnic Diversity and the Control of Natural Resources in Southeast Asia: by A. Terry Rambo

Ketahui lagi kaum asli yang ada di Malaysia ini. Baca pautan di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pasar Tamu Baru Lachau Jadi Tarikan Terbaharu Di Sri Aman Pasar Tamu Baru Lachau Jadi Tarikan Terbaharu Di Sri Aman
Next Article Acara Marathon Terbesar Sarawak, 5 Jalan Di Kuching Ini Bakal Ditutup 2 Oktober Ini Acara Marathon Terbesar Sarawak, 5 Jalan Di Kuching Ini Bakal Ditutup 2 Oktober Ini

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?