• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Amaran Kepada Perempuan Diluar Sana’, Lelaki Kantoi Rakam Wanita Dalam Tandas

Oleh
ILB - AI
3 Mei 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Hati-hati kalau nak singgah tandas stesen minyak, lebih-lebih lagi para wanita

‘Amaran Kepada Perempuan Diluar Sana’, Lelaki Kantoi Rakam Wanita Dalam Tandas. Satu hantaran di Facebook tular apabila seorang individu menceritakan kisahnya ‘menemui’ seorang lelaki merakamnya di dalam tandas sebuah stesen minyak di Ranau, Sabah.

“Saya dari lahad datu betolak ke kota kinabalu pukul 8 malam dan sampai di petronas ranau pukul 12:50am, lalu kami berhenti untuk ke tandas,” jelas wanita itu yang memberhentikan kenderaannya di stesen minyak bersama suami.

“Saya pergi ke tandas wanita dimana ada dua tandas didalam, saya pergi ke tandas paling hujung tapi malangnya tandas tersebut terkunci, mulanya saya berfikir pihak petronas mengunci tandas tersebut. Jadi, saya pergi ke tandas sebelah.

Lelaki Kantoi Rakam Wanita Dalam Tandas
Sumber: Facebook

Mula rasa seram kerana meihat kelibat di tandas sebelah

Dalam pada itu, wanita itu menyatakan ketika membuang air kecil, dia menyedari pergerakan di tandas bersebelahan melalui air di lantai, yang pada mulanya dia rasa pelik kerana bunyi air di sebelah tidak kedengaran.

“Saya berasa seram terdetik dalam hati untuk menoleh ke atas tandas (jenis tandas terbuka atas & bawah) alangkah terkejutnya saya apabila melihat camera telefon menghala tepat ke arah saya, saya sempat teriak ‘hoi’,” ujar wanita itu yang tidak sangka perkara buruk itu terjadi kepadanya di stesen minyak.

Lelaki Kantoi Rakam Wanita Dalam Tandas
Sumber: Facebook

Wanita itu dengan beraninya pergi ke tandas sebelah dan memaksa lelaki yang mengintainya keluar, tetapi dia tidak menjawab, lantas dia menendang pintu tandas itu beberapa kali sehingga terbuka, dan dia terkejut melihat lelaki berusia 20-an itu merakamnya.

“Ayat yang pertama dia sebut ialah ‘aku padam kak’ tapi saya terus rampas telefonnya dari tangannya dan terus memanggil suami saya di parking kereta petronas.

Sudah lapor kepada pihak polis, Ranau

Wanita itu dan suaminya dipercayai membawa lelaki itu ke balai polis Ranau untuk tindakan lanjut, dan video itu juga telah diserahkan kepada polis untuk dijadikan bahan bukti.

Lelaki Kantoi Rakam Wanita Dalam Tandas
Sumber: Facebook

“Saya minta post ini diviralkan agar tiada lagi wanita-wanita diluar sana yang menjadi mangsa seperti saya. Mohon jadikan iktibar dan hati-hati menggunakan tandas awam,” nasihatnya kepada wanita di luar sana.

Baca juga kisah yang berkaitan:

Pelajar Undang-Undang Bakar Diri Di Stesen Minyak Selepas Kecewa Gagal Peperiksaan 3 Kali
Karya Seni 3D Terbesar Di Stesen Minyak, Mural Di Sibu Ini Masuk Malaysia Book Of Records
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Kafe Tutup Pun Budak Uni Nangis,' Cadangan Lelaki Ini Untuk Kembalikan PLKN Diterima Hebat Netizen ‘Kafe Tutup Pun Budak Uni Nangis,’ Cadangan Lelaki Ini Untuk Kembalikan PLKN Diterima Hebat Netizen
Next Article Permintaan Tinggi Elektrik di Sabah Akibat Cuaca Terlampau Panas, SESB Terpaksa Lakukan Catuan Bekalan Permintaan Tinggi Elektrik di Sabah Akibat Cuaca Terlampau Panas, SESB Terpaksa Lakukan Catuan Bekalan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?