• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selepas Ambil Alih MASwings, Sarawak Sasar Terbang Serantau

Oleh
Farisha
28 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Syarikat penerbangan Sarawak sasar destinasi jarak jauh selepas ambil alih MASwings

Selepas Ambil Alih MASwings, Sarawak Sasar Terbang Serantau. Syarikat penerbangan yang akan ditubuhkan kerajaan Sarawak merancang untuk mengadakan penerbangan jarak jauh dalam rantau Asia apabila penubuhannya menjadi kenyataan selepas urusan pengambilalihan MASwings selesai.

Menurut laporan, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Pentas Negeri Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyatakan bahawa dengan pengambilalihan syarikat penerbangan itu, Sarawak akan mempunyai ekuiti dan kawalan terbesar ke atas destinasi penerbangan.

Selepas Ambil Alih MASwings, Sarawak Sasar Terbang Serantau
Selepas Ambil Alih MASwings, Sarawak Sasar Terbang Serantau. Sumber: thesundaily

Dapat tingkatkan industri pelancongan di kawasan luar bandar

“Ini akan memberi peluang kepada kami untuk meningkatkan industri pelancongan terutama di kawasan luar bandar.

“Pada masa lalu, adalah sangat sukar bagi kami untuk membuat persediaan atau pengaturan tetapi kini kami mempunyai kawalan ke atas (MASwings) itu,” katanya kepada wartawan menurut sumber.

Bagaimanapun, menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, beliau berkata Maswings ketika ini hanya menyediakan penerbangan di dalam Borneo sahaja namun apabila kerajaan Sarawak mengambil alih pengurusannya, sasaran utama adalah mengadakan penerbangan jarak jauh yang mengambil masa enam hingga tujuh jam.

Bahkan, bakal ada penerbangan jarak jauh termasuk Korea

Menurutnya, selain penerbangan ke Semenanjung, antara destinasi jarak jauh yang dirancang termasuk Korea, Jepun, Hong Kong, India serta salah satu destinasi di Australia.

“Apabila kita mengambil alih MASwings, destinasi penerbangan kita mestilah terbang di luar Borneo.

“Semua destinasi (di luar Malaysia) yang kita rancang itu mengambil masa penerbangan antara enam hingga tujuh jam,” katanya.

Menteri Pelancongan dan Premier Sarawak berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pengambilalihan saham dalam MASwings oleh syarikat penerbangan milik kerajaan Sarawak, Hornbill Skyways Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kerajaan Sarawak Tidak Akan Ambil Alih Syarikat Penerbangan MYAirline, Hanya Fokus Pada MASwings
Sarawak Sokong Idea Sabah Mahu Tubuh Syarikat Penerbangan Sendiri Tahun Depan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berlatarkan Gunung Kinabalu, MRSM Ranau Raih Perhatian Ramai Berlatarkan Gunung Kinabalu, MRSM Ranau Raih Perhatian Ramai
Next Article Tempat Makan Western Yang Sedap Di Kota Kinabalu Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?