I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Anak Kacukan Sabah Yang Miliki PhD, Kenali Isteri Pelakon ‘The Flash’ Andrea Thoma
Notification Show More
Latest News
Suasana Tenang Sambil Menikmati Nasi Lemak, Jom Sarapan Di Peanuts Anchovies Di Kuching
Suasana Tenang Sambil Menikmati Nasi Lemak, Jom Sarapan Di Peanuts Anchovies Di Kuching
23 Mei 2022
Kenali Jenis Ngepan Indu Iban Di Kalangan Masyarakat Iban
Seni Istimewa, Kenali Jenis Ngepan Indu Iban Dalam Kalangan Masyarakat Iban
22 Mei 2022
Kenalilah Kisah Bujang Senang, Buaya Ke-Tiga Terbesar Di Dunia
Kenali Lagenda Bujang Senang, Buaya Ketiga Terbesar Di Dunia
22 Mei 2022
Rupa-Rupanya Warna Penutup Botol Ada Peranan, Wanita Ini Kongsi Perbezaan Air Kosong
Rupa-Rupanya Warna Penutup Botol Ada Peranan, Wanita Ini Kongsi Perbezaan Air Kosong
21 Mei 2022
Ini 5 Aplikasi Graphic Design Yang Sesuai Untuk Beginner Dan Mudah Dipakai
Ini 5 Aplikasi Graphic Design Yang Sesuai Untuk Beginner Dan Mudah Dipakai
21 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anak Kacukan Sabah Yang Miliki PhD, Kenali Isteri Pelakon ‘The Flash’ Andrea Thoma

Husna Hazmi
Oleh Husna Hazmi
Dikirim pada 19/08/21 1:08 PM
Kongsi
3 Min Bacaan
Anak Kacukan Sabah Yang Miliki PhD Kenali Isteri Pelakon The Flash Andrea Thoma Anak Kacukan Sabah Yang Miliki PhD, Kenali Isteri Pelakon 'The Flash' Andrea Thoma
Kongsi

Semoga kisah Andrea Thoma ini boleh menyuntik inspirasi wanita di luar sana untuk berjaya juga!

Anak Kacukan Sabah Yang Miliki PhD, Kenali Isteri Pelakon ‘The Flash’ Andrea Thoma. Peminat DC superheroes di luar sana, kalau sebut saja The Flash mesti anda tahu mengenai adiwira ini. Dua tahun lalu telah menjadi perbualan hangat apabila pelakon Hollywood adiwira dari siri The Flash iaitu Thomas Grant Gustin atau lebih dikenali sebagai Barry Allen di dalam siri tersebut mengahwini gadis jelita kacukan Kadazan dari Sabah.

Anak Kacukan Sabah Yang Miliki PhD, Kenali Isteri Pelakon 'The Flash' Andrea Thoma
Anak Kacukan Sabah Yang Miliki PhD, Kenali Isteri Pelakon ‘The Flash’ Andrea Thoma. Kredit gambar: Instagram

Meraih gelaran Doktor Falsafah (PhD)

Andrea Thoma merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan memiliki Ijazah Kedoktoran dalam Terapi Fizikal dari Old Dominion University. Bukan sekadar cantik, malah mempunyai pendidikan tertinggi sehingga meraih gelaran Doktor Falsafah (PhD), ini baru beauty with brain!

Brtugas sebagai Juru Terapi Fizikal di Amerika Syarikat, Andrea mempunyai pengikut seramai 776K pengikut di akaun sosial media Instagramnya. Dia juga amatlah aktif bersenam dan sentiasa mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Tahukah anda Andrea juga merupakan trainer kepada bintang terkenal siri Riverdale Camila Mendes. Camila pernah berkata bahawa biasanya dia akan ke rumah Andrea untuk menjalani rutin senaman mereka di gim garaj rumah tersebut dan dia berasa amat selesa di sana.

Anak Kacukan Sabah Yang Miliki PhD, Kenali Isteri Pelakon 'The Flash' Andrea Thoma
Kredit gambar: Instagram

Amat menitikberatkan adat dan budaya mereka

Gadis Kadazan Sabah ini sentiasa mengekalkan warisan Borneo di dalam dirinya kerana dia mempunyai seorang ibu yang amat menitikberatkan adat dan budaya mereka.

Walaupun dilahirkan di Ohio, Amerika Syarikat Andrea tidak pernah lupa akan asal usul dirinya. Malah, dia dan dua lagi adik beradiknya gemar makanan yang dimasak menggunakan belacan!

View this post on Instagram

A post shared by Dr. LA Thoma Gustin (@lathoma3)

Boleh bertutur dalam bahasa Kadazan dan bahasa Melayu

Gadis jelita ini juga boleh bertutur dalam bahasa Kadazan dan bahasa Melayu walaupun tak beberapa fasih. Di samping itu, Andrea juga kerap pulang ke kampung halamannnya di Sabah. Andrea dan suami juga telah mengadakan upacara perkahwinan mengikut adat dan budaya orang Kadazan di Kg Kolopis Penampang, Sabah.

Andrea telah berkongsi video upacara perkahwinan tersebut di akaun Instagram miliknya. Namun, perkahwinan sebenar pasangan ini adalah di The Valentine, Los Angeles pada 15 Disember 2018. Kini pasangan suami isteri ini baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka pada bulan Ogos tahun ini. Tahniah diucapkan!

Lagi di sini:

Husna Hazmi 19 Ogos 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article BeFunky collage 2021 08 19T125442.785 Kes Positif Harian Melonjak Drastik, JPBNS Mungkin Kenakan Sekatan Pergerakan Di Kuching Kes Positif Harian Melonjak Drastik, JPBNS Mungkin Kenakan Sekatan Pergerakan Di Kuching
Next Article BeFunky collage 2021 08 19T141452.101 TERKINI : JPBNS Jelaskan Tiada Sekatan Pergerakan Akan Dilakukan Di Kuching Buat Masa Ini TERKINI : JPBNS Jelaskan Tiada Sekatan Pergerakan Akan Dilakukan Di Kuching Buat Masa Ini

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

1F8708C6 082F 482F 89DB 7F1D08B8D78C Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Kenali Jenis Ngepan Indu Iban Di Kalangan Masyarakat Iban
Cerita Borneo

Seni Istimewa, Kenali Jenis Ngepan Indu Iban Dalam Kalangan Masyarakat Iban

22 Mei 2022
Kenalilah Kisah Bujang Senang, Buaya Ke-Tiga Terbesar Di Dunia
Cerita Borneo

Kenali Lagenda Bujang Senang, Buaya Ketiga Terbesar Di Dunia

22 Mei 2022
Rupa-Rupanya Warna Penutup Botol Ada Peranan, Wanita Ini Kongsi Perbezaan Air Kosong
Cerita Borneo

Rupa-Rupanya Warna Penutup Botol Ada Peranan, Wanita Ini Kongsi Perbezaan Air Kosong

21 Mei 2022
Ini 5 Aplikasi Graphic Design Yang Sesuai Untuk Beginner Dan Mudah Dipakai
Cerita Borneo

Ini 5 Aplikasi Graphic Design Yang Sesuai Untuk Beginner Dan Mudah Dipakai

21 Mei 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?