• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anak Kelahiran Sabah, Isaac Voo Peserta Pertama Tersingkir ‘Big Stage 5’ Buat Netizen Sedih

Oleh
ILB - AI
15 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Isaac Voo tersingkir, menggunakan Imuniti X untuk selamat Naufal

Anak Kelahiran Sabah, Isaac Voo Peserta Pertama Tersingkir ‘Big Stage 5’ Buat Netizen Sedih. Perjalanan Isaac Voo di pentas Big Stage 5 (BS5) berakhir apabila dia diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir pada minggu kedua, semalam.

Anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu menduduki tiga markah terendah dan tersingkir selepas juri menggunakan Imuniti X untuk menyelamatkan salah seorang peserta, Naufal Azrin.

Bertemakan Lagu-Lagu Rancak, Up Beat, penyanyi berusia 28 tahun itu mempersembahkan Lagu Terhangat di Pasaran, yang asalnya dipopularkan oleh Kumpulan KRU.

Anak Kelahiran Sabah, Isaac Voo Peserta Pertama Tersingkir 'Big Stage 5' Buat Netizen Sedih
Sumber: Media Hiburan

Pendapat juri tentang persembahan Isaac

Menurut juri tetap iaitu Ajai, Isaac mempunyai populariti yang bagus namun nyanyian itu tidak setanding popularitinya.

Manakala Andmesh, selaku juri jemputan pula berpendapat Isaac lebih sesuai jika menvanyi bersama kumpulan.

Anak Kelahiran Sabah, Isaac Voo Peserta Pertama Tersingkir 'Big Stage 5' Buat Netizen Sedih
Sumber: Media Hiburan

Netizen sedih dengan keputusan menyingkirkan Isaac

Dalam pada itu, menjengah ke laman Twitter, rata-rata netizen sedih, sebak malah kecewa dengan keputusan juri singkirkan Isaac Voo.

“Isaac berjaya mengekalkan semangatnya sehingga ke akhir. Saya faham keputusan itu, tetapi masih perit melihatnya pergi apabila peminatnya tekun mengundinya,” ujar salah seorang peminat di laman Twitter.

“Habislah lepasni rating big stage jatuh, sebab peminat Isaac Voo paling ramai. Dua minggu berturut Isaac Voo paling atas undian.

“Isaac sebenarnya masuk Big Stage sebab mahu improve diri dia terutama sekali dari segi vocal, tapi rasanya dia nervous masa Ajai tanya,” kata peminatnya.

Unfortunately, Isaac journey ended today due to the Immunity X which was introduced this season.

Isaac, keep fighting and lets comeback stronger.

Thanks to all fans who keep supporting him.
💙#IsaacVoo #아이젝 #SKYE #TeamIsaacVoo #BigStage2023 #DominasiBBNU #Isaac

— IN2U MALAYSIA (@Fallin2u_1026) May 14, 2023

Untuk makluman, Isaac Voo sebelum ini pernah menyertai sebuah program realiti di Korea Selatan. Isaac berjaya menjadi peserta teratas dalam program tersebut sehingga terpilih dan diserap menjadi idola K-Pop di sana menerusi kumpulan IN2IT.

Sementara itu, Isaac turut mendapat permintaan yang tinggi daripada peminatnya di Malaysia untuk kembali ke tanah air tercinta dan aktif berkarya di sini.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Dua Orang Anak Kelahiran Sabah Rangkul Juara Dan Naib Juara Big Stage 2022
Bintang K-Pop, KARA Jalani Penggambaran Di Kota Kinabalu, Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selamba Masak Telur Bawah Matahari, 'Eksperimen' Wanita Dari Sabah Ini Curi Tumpuan Netizen Selamba Masak Telur Bawah Matahari, ‘Eksperimen’ Wanita Dari Sabah Ini Curi Tumpuan Netizen
Next Article Selamba Bawa Anjing Dalam Troli, Supermarket Di Sibu Ini Ambil Tindakan Serta Merta Selamba Bawa Anjing Dalam Troli, Supermarket Di Sibu Ini Ambil Tindakan Serta Merta

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?