• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ealtond Rayner, Anak Sabah Dalam Pasukan e-Sukan Malaysia Muncul Juara Kejohanan IESF 2024

Oleh
Husna Hazmi
16 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Ealtond Rayner bersama pasukannya cipta sejarah di pentas dunia e-Sukan IESF

Ealtond Rayner, Anak Sabah Dalam Pasukan e-Sukan Malaysia Muncul Juara Kejohanan IESF 2024. Dilaporkan, Ealtond Rayner, 21, anak jati Penampang, Sabah, mencipta sejarah apabila menjadi sebahagian daripada pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia berjaya meraih kejuaraan dalam Kejohanan Dunia e-Sukan IESF 2024.

Pasukan Malaysia berjaya menewaskan Filipina dengan kemenangan 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi, semalam.

Ealtond Rayner, Anak Sabah Dalam Pasukan e-Sukan Malaysia Muncul Juara Kejohanan IESF 2024. Sumber foto: IESF

Ealtond lebih dikenali dengan nickname nya ‘Lolealz’

Ealtond, atau lebih dikenali dengan nickname nya ‘Lolealz’, berperanan sebagai Gold Laner dalam pasukan e-sukan negara. Beliau merupakan satu-satunya anak Sabah yang mewakili Malaysia di kejohanan berprestij ini, menjadikan pencapaian tersebut lebih bermakna buat negeri di Bawah Bayu ini.

Pasukan Malaysia, yang turut dianggotai pemain utama dari Selangor Red Giants iaitu Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie), dan Ilman Zareef Zulkifli (Gojes), menunjukkan prestasi cemerlang sejak awal perlawanan.

Ealtond Rayner, Anak Sabah Dalam Pasukan e-Sukan Malaysia Muncul Juara Kejohanan IESF 2024
Sumber foto: Buletin TV3

Malaysia menewaskan Filipina dengan 17 kills

Dalam perlawanan pertama, Malaysia berjaya menewaskan Filipina dengan 17 kills berbalas 14 selepas hampir 22 minit permainan yang penuh mendebarkan. Perlawanan kedua pula menyaksikan pasukan negara bermula agak perlahan tetapi berjaya bangkit dengan strategi permainan mantap, mengakhiri perlawanan dengan sembilan kills berbalas empat.

Kemenangan ini bukan sahaja membawa pulang kejuaraan sulung buat Malaysia di kejohanan dunia tersebut, tetapi juga hadiah wang tunai sebanyak USD70,000 (RM313,180).

Ealtond berkata, ini merupakan pencapaian yang amat membanggakan, bukan sahaja untuk Malaysia tetapi juga untuk Sabah. Dirinya berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada bakat-bakat muda e-sukan di negerinya.

Kejayaan ini jelas menunjukkan potensi besar Malaysia di arena e-sukan antarabangsa. Tahniah buat Ealtond Rayner dan pasukan MLBB Malaysia atas pencapaian luar biasa ini!

Lagi artikel menarik untuk anda di sini:

Kenali Hisyam Samsudin, Anak Sabah Jadi Boxer Malaysia Pertama Raih Kemenangan Diperingkat Antarabangsa
Penjawat Awam Sabah Bakal Nikmati Bonus 1 Bulan Gaji Januari Depan
SUMBER :Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rajah Putih Sarawak – Pemerintah Mesra Rakyat atau Penjajah Yang Berselindung?
Next Article Sabah Rancang Bina 225 Unit Rumah Mampu Milik Di 5 Daerah Ini Sabah Rancang Bina 225 Unit Rumah Mampu Milik Di 5 Daerah Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?