Mudah Rupanya!
Anda Boleh Buat Cendol Hijau Sendiri Guna 5 Bahan Ini Sahaja. Selama ini, ingatkan susah nak buat cendol hijau yang ada dalam minuman ABC. Beli di kedai saja. Tapi, siapa sangka, cara pembuatannya sangat mudah dan jimat. Malah, jika anda rajin, boleh juga dibuat sebagai bahan jualan bagi memenuhi kehendak penjual air ABC untuk berbuka puasa, kan?
Melalui tinjauan di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, salah seorang ahli kumpulan tersebut telah berkongsi resepi membuat cendol hijau yang sangat jimat dan senang dibuat. Hasilnya pun sama seperti cendol yang ada di kedai. Resepi yang dikongsi oleh L’amour Créé ini telah mendapat 4.5K tanda suka dan 2.7K ‘shares’.
Jum lihat cara pembuatan cendol ini.
Bahan-Bahan
- Daun pandan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras cap gajah 3
- Sedikit garam
- Sedikit kapur
- 6 cawan air (termasuk air daun pandan) *jika inginkan warna hijau yang lebih terang, boleh campurkan sedikit pewarna hijau.
Cara Membuat
1. Satukan semua bahan kemudian kacau tepung hingga sebati dan tidak berketul. Alternatif mudah, anda juga boleh mengisar halus kesemua bahan menggunakan blender. Kemudian, tapiskan.
2. Masak dengan api sederhana perlahan. Kacau sehingga tepung nampak berkilat.
3. Masukkan air sejuk ke dalam bekas seperti kontena atau besen. Letak tepung yang telah dimasak sedikit demi sedikit dan tekan sehingga butir-butir tepung jatuh ke dalam air.
4. Itu sahaja! Anda boleh mengasingkan cendol dari air jika ingin menghidangkannya.
Tips : Jika ada lebih, cendol ini boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 minggu. Pastikan anda menukar air rendaman selang 2 ke 3 hari agar ia tahan.
Mudah sangat ni! Nak buat banyak-banyak pun boleh je kan?
Cuba try buat susu kurma pula. Artikel penuh di sini :