I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Anda Ligat Ambil Upah Cashout Epemula? Jangan Lupa Akta Gubahan Wang Haram
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Anda Ligat Ambil Upah Cashout Epemula? Jangan Lupa Akta Gubahan Wang Haram

Oleh iloveborneo 12 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Anda Ligat Ambil Upah Cashout Epemula? Jangan Lupa Akta Gubahan Wang Haram

Bukan nak spoil the party tapi hanya peringatan

Anda Ligat Ambil Upah Cashout Epemula? Jangan Lupa Akta Gubahan Wang Haram. Sejak kecoh semalam isu ePemula yang mempunyai pelbagai isu terutamanya dari sudut kegunaannya yang terhad, muncul pula pelbagai tips untuk individu yang layak untuk untuk ePemula untuk mengeluarkan wang tersebut secara tunai.

Pelbagai tips dikongsikan namun antara yang popular adalah dengan mengimbas kod QR Duitnow merchant yang dimiliki oleh kenalan dan kemudiannya kenalan akan mengeluarkan wang itu semula sebelum memindahkan wang tersebut ke akaun individu yang ingin cashout tersebut.

Trick yang tular tersebut kemudiannya mula digunapakai oleh sesetengah individu yang mempunyai akaun merchant yang berniat untuk membantu pelajar pelajar untuk mengeluarkan wang tersebut.

Anda Ligat Ambil Upah Cashout Epemula? Jangan Lupa Akta Gubahan Wang Haram
Anda Ligat Ambil Upah Cashout Epemula? Jangan Lupa Akta Gubahan Wang Haram

Sebelum itu, jika kita imbas semula terma dan syarat kegunaan wang ePemula ini, telah dinyatakan bahawa di dalam terma ShopeePAY umpamanya yang menyatakan bahawa wang tersebut tidak boleh keluarkan secara tunai melalui akaun individu yang layak ePemula. Maka di sinilah jadinya satu trick dimana sesetengah pengguna menggunakan kesempatan dengan cuba untuk cashout dengan menggunakan akaun merchant.

Anda Ligat Ambil Upah Cashout Epemula? Jangan Lupa Akta Gubahan Wang Haram

Namun begitu, sebalik segala tips&trick ini harus diingat juga bahawa di dunia ini, bukan di Malaysia sahaja bahawa ada satu akta yang menyelia transaksi transaksi yang meragukan bagi mengelakkan penggubahan wang haram. Terdapat juga beberapa pengguna twitter misalnya, yang mengingatkan bahawa merchant harus peka dengan akta AMLA ini.

Nii yang tukang withdraw ePemula tuu. Kita ada AMLA tau, account kene freeze sia sia je nanti naik turun bank

— Awisy πŸ‡ (@boneappletit) April 11, 2022

Niat tu baik, nak tolong student checkout duit epemula tu, tapi bak kata @omarfaayiz, be careful sebab nanti boleh kena AMLA akaun yang diguna tu.

Unless you’re Najib, duit masuk akaun peribadi sampah berbilion pun okay lagi.

— FIR (@fdajesfry) April 11, 2022

Yang nak bantu untuk tolong checkout duit kawan ni, jangan lupa pula AMLA wujud, kang nanti acc bank kena lock kena pergi bank

— Omar Faayiz πŸ“—πŸ–‹πŸ‡²πŸ‡Ύ (@omarfaayiz) April 11, 2022

Jika anda seorang merchant yang ingin membantu adik adik pelajar universiti ini untuk mengeluarkan wang tersebut, ingat ingatlah juga bahawa akaun syarikat anda walaupun sekecil enterprise tertakluk kepada audit.

Summary of today's 'ePemula' episode.

Malaysians learning and practicing how money laundering works.

😭🀌

— katzie (@rusydirdzn__) April 11, 2022

Setiap transaksi apabila melalui proses audit, kebiasaanya memerlukan bukti seperti salinan sebut harga (quotation), invois dan juga resit yang akan disemak untuk kesahihannya, untuk wang yang masuk dan juga bukti dan sebab wang keluar dari akaun sebuah syarikat. Dalam erti kata lain untuk ePemula ini, adakah anda sanggup menyediakan sekurang kurangnya 3 dokumentasi tersebut untuk upah RM5 ataupun percuma kepada mereka yang ingin mengeluarkan wang tersebut? Atau sudahkah anda menyemak terma dan syarat yang berkaitan supaya anda tidak akan terpalit pada apa apa risiko pada masa hadapan?

Sedar atau tidak, kerajaan telah mengajarkan rakyatnya melakukan money laundering dalam bentuk epemula.

— Yusuf 😎 (@ucopfauzan) April 12, 2022

ePemula sememangnya mempunyai banyak kelemahan seperti yang diluahkan oleh ramai penerimanya, namun jika anda ingin membantu mereka jangan lupa juga bahawa anda juga tertakluk pada undang undang. Jangan pula nanti hanya kerana niat baik untuk membantu, anda terpalit dengan kekangan masa hadapan. Jika anda ingin sangat membantu, lebih baik juga jika anda semak pada akauntan atau auditor anda sebelum menawarkan perkhidmatan ini.

Baca juga luahan pelajar mengenai isu ePemula :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Seorang Remaja Dari Bintulu Maut, Dihempap Lif Barangan Mini Pasar Raya Seorang Remaja Dari Bintulu Maut, Dihempap Lif Barangan Mini Pasar Raya
Next Article Gara-Gara Permintaan Wang Tidak Dilayan, Lelaki Ini Tergamak Ugut Racun Ibu Bapa Di Bekenu Gara-Gara Permintaan Wang Tidak Dilayan, Lelaki Ini Tergamak Ugut Racun Ibu Bapa Di Bekenu

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?