• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anda Merasa Bahang Panas Kebelakangan Ini? Ini Sebabnya

Oleh
Ismail NA
11 Ogos 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Mesti ramai yang dah mula rasa tak selesa tidur malam kan?

Anda Merasa Bahang Panas Kebelakangan Ini? Ini Sebabnya. Sejak kebelakangan ini, makin terasa pula bahang panas. Kadang-kadang, cuaca tidak lah terik mana tetapi entah kenapa pula rasa panas sehingga menyebabkan anda berpeluh tak tentu pasal kan?

Isi Isi Penting
  • Mesti ramai yang dah mula rasa tak selesa tidur malam kan?
  • Berpunca daripada kedatangan musim angin Monsun Barat Daya
  • Hujan semakin kurang, cuaca kering di Malaysia sehingga September
  • 2020 tahun paling panas Bumi sejak direkodkan – NASA
  • Baca juga :

Sampai nak tidur malam pun rasa tak tenang. Serupa macam gambaran meme dari Twitter ini.

Setuju tak?

Anda Merasa Bahang Panas Kebelakangan Ini? Ini Sebabnya
Sumber : Twitter

Berpunca daripada kedatangan musim angin Monsun Barat Daya

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Jailan Simon, cuaca panas yang melanda negara beberapa minggu kebelakangan ini adalah berpunca daripada kedatangan semula angin Monsun Barat Daya seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.

Anda Merasa Bahang Panas Kebelakangan Ini? Ini Sebabnya
Arah angin Monsun Barat Daya di Malaysia
Sumber : MetMalaysia

Musim angin Monsun Barat Daya merupakan musim di mana arah tiupan angin menghala dari Indonesia ke Malaysia. Musim ini kebiasaannya bermula dari bulan Mei hingga September dan mempunyai kelajuan angin kurang dari 15 knot. Selain itu, taburan hujan juga akan menjadi kurang pada musim ini.

Akibat Monsun Barat Daya ini, Malaysia akan menghadapi musim panas dan kering kecuali di negeri Sabah.

Jelas MetMalaysia lagi, negara tidak akan mengalami fenomena El Nino mahupun La Nina dalam tempoh masa monsun ini yang diramalkan sehingga September.

Hujan semakin kurang, cuaca kering di Malaysia sehingga September

Walau bagaimanapun, pada bulan Jun dan Julai yang lalu, Malaysia menghadapi keadaan angin Monsun Barat Daya yang lemah. Keadaan ini menyebabkan keadaan lembap yang luar biasa di seluruh negara.

Namun demikian, sejak minggu ini, musim ini nampaknya semakin pulih dan kembali normal menyebabkan cuaca semakin panas dan kering.

Anda Merasa Bahang Panas Kebelakangan Ini? Ini Sebabnya
Anda Merasa Bahang Panas Kebelakangan Ini? Ini Sebabnya
Sumber : KPKesihatan

Beberapa kawasan di seluruh Malaysia juga akan mengalami kenaikan suhu sehingga 36 darjah Celcius terutamanya di kawasan pedalaman Pahang dan Kelantan.

2020 tahun paling panas Bumi sejak direkodkan – NASA

Di peringkat global pula, kenaikan suhu yang kian tinggi ini mengundang kerisauan pihak NASA. Pada bulan Mei 2020, suhu Bumi telah naik sekitar 1.5 darjah Celcius. Angka ini lebih tinggi daripada purata suhu bulanan sejak 1880.

Suhu bulan Februari hingga April 2020 adalah yang kedua tertinggi yang pernah direkodkan. Manakala, suhu pada Januari dan Mei 2020 hampir menyamai suhu paling panas dunia iaitu pada bulan Februari, Mac dan April 2020.

NASA juga meramalkan bahawa tahun 2020 sebagai tahun paling panas Bumi yang pernah direkodkan sejak 141 tahun yang lalu.

Anda Merasa Bahang Panas Kebelakangan Ini? Ini Sebabnya
Sumber foto : Liputan6

Ini tentunya memberi impak yang besar kepada hidupan di dunia ini serta mengganggu ekosistem, pengeluaran makanan, kesihatan dan komuniti.

Apa pandangan anda? Adakah anda merasa bahang panas yang luar biasa? Kongsikan kepada kami.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelukis Ini Bengang Ditawar RM8 Sahaja Untuk Satu Lukisan Dalam Buku Pelukis Ini Bengang Ditawar RM8 Sahaja Untuk Satu Lukisan Dalam Buku
Next Article Rusia Jadi Negara Pertama Di Dunia Luluskan Vaksin COVID-19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?