• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anggap Tak Berbaloi, Netizen Sarawak Kecoh Isu Harga Tiket Konsert Borneo Sonic ‘Cekik Darah’

Oleh
ILB - AI
19 Ogos 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Anggap Tak Berbaloi, Netizen Sarawak Kecoh Isu Harga Tiket Konsert Borneo Sonic 'Cekik Darah'

Betul ke cekik darah?

Anggap Tak Berbaloi, Netizen Sarawak Kecoh Isu Harga Tiket Konsert Borneo Sonic ‘Cekik Darah’. Impian warga Sarawak untuk merasai konsert di Bumi Kenyalang kini menjadi kenyataan apabila konsert Borneo Sonic bakal mengegarkan Kuching selama dua hari iaitu 6 dan 7 oktober 2023 ini.

Difahamkan, konsert tersebut bakal diadakan di Stadium Sarawak yang bakal memuatkan lebih puluhan ribu peminat genre muzik tersebut.

Anggap Tak Berbaloi, Netizen Sarawak Kecoh Isu Harga Tiket Konsert Borneo Sonic ‘Cekik Darah’. Kredit: Facebook

Menariknya, konsert ini bukan sahaja menampilkan artis tempatan tetapi turut mempersembahkan K-pop idol misalnya Taeyang, CL (2NE1), Suho dan juga Hyo (Hyoyeon Girls Generation).

Buat peminat line-up yang bakal mengegarkan Kuching ini, pasti ini merupakan suatu khabar gembira buat mereka.

Namun, ada juga segelintir netizen mendakwa harga tiket yang dikenakan terlalu mahal dan tidak berbaloi walaupun pas masuk tersebut untuk 2 hari.

Kisah itu dikongsikan oleh seorang individu di Facebook.

Setelah menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan harga tiket yang ditetapkan.

Untuk info, harga tiket dijual serendah RM488 dan RM 1288 untuk pas masuk VIP.

Kredit: Tiktok

Bahkan ada yang berpendapat, sebaiknya pihak penganjur menawarkan harga diskaun kepada warga Sarawak.

Susulan itu, ramai juga yang mula bersuara dan menganggap komen sesetengah netizen itu tidak masuk akal sama sekali.

Kredit: Tiktok

Untuk info, bukan sahaja K-pop idol tetapi artis hollywood dan artis terkenal tempatan juga turut bakal memeriahkan konsert ini.

Menariknya, para peminat hanya perlu membeli 1 pas masuk sahaja untuk 2 hari berlangsungnya konsert tersebut.

Baca lagi artikel menarik:

Bakal Dibuka Mulai Esok, Ini Adalah Panduan Untuk Beli Tiket Borneo Sonic Festival
Sah, Taeyang Dan CL Antara Artis Lineup Bakal Gegarkan Borneo Sonic Di Kuching

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bukan Isu Bayar Gaji, 2 Individu Dipukul Dengan Cota Gara-Gara Hantar Video Lucah Kepada Wanita Bukan Isu Bayar Gaji, 2 Individu Dipukul Dengan Cota Gara-Gara Hantar Video Lucah Kepada Wanita
Next Article Mewah Bergaya Siap Ada ‘Infinity Pool’, Sheraton Hotel Kuching Dijangka Bakal Dibuka Bulan Hadapan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?