• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dua Anggota Maritim Cedera Ditembak Ketika Jalani Rondaan Di Perairan Kunak, Sabah

Oleh
Husna Hazmi
7 April 2024
Kongsi
1 Min Bacaan

Dua anggota yang cedera telah dibawa ke Hospital

Dua Anggota Maritim Cedera Ditembak Ketika Jalani Rondaan Di Perairan Kunak, Sabah. Dipetik daripada Bernama, dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) dilaporkan mengalami kecederaan setelah ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak, Sabah pada 8.30 pagi tadi.

Menurut Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Laksamana Pertama (M) Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik, ketika kejadian, anggota Maritim Malaysia tersebut melihat sebuah bot yang mencurigakan berada di perairan itu sebelum cuba menghampiri bot berkenaan.

Dua Anggota Maritim Cedera Ditembak Ketika Jalani Rondaan Di Perairan Kunak, Sabah
Dua Anggota Maritim Cedera Ditembak Ketika Jalani Rondaan Di Perairan Kunak, Sabah

Bagaimanapun semasa anggota menghampiri bot berwarna biru itu, tiga suspek yang dipercayai berada dalam bot telah melepaskan tembakan ke arah anggota Maritim Malaysia sebelum memecut ke arah perairan negara,” jelas beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata anggota yang cedera berkenaan telah dibawa ke Hospital Kunak untuk rawatan lanjut.

Che Engku Suhaimi berkata pihak beliau sedang menyiasat kes itu dan memohon orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Berpanas Jual Burger, Netizen Bongkar Rupanya Dua Beradik Di Keningau Didera Ibu Bapa
Padah Potong Barisan Secara Merbahaya Di Sri Aman, Pemandu Axia Akhirnya Disaman
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rahsia Bakar Kek Naik Dengan Cantik, Ini Tips Untuk Beginner Rahsia Bakar Kek Naik Dengan Cantik, Ini Tips Untuk Beginner
Next Article Kerajaan Sabah bantah tuduhan pembangkang mengenai data kemiskinan di Sabah Data Kemiskinan Sabah Sudah Lapuk, Ini Penjelasan Ketua Menteri Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?