• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Anggur Shine Muscat Didakwa Ada Bahan Kimia, KPKM Dan MARDI Ambil Langkah Siasatan

Oleh
Nazihah AN
27 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Anggur Shine Muscat Didakwa Ada Bahan Kimia, KPKM Dan MARDI Ambil Langkah Siasatan

Agensi dari Thailand dakwa anggur import jenis Shine Muscat mengandungi bahan kimia

Anggur Shine Muscat Didakwa Ada Bahan Kimia, KPKM Dan MARDI Ambil Langkah Siasatan. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bakal menjalankan siasatan dan pemeriksaan terhadap anggur import jenis ‘Shine Muscat’ yang dikatakan mengandungi sisa kimia berbahaya, seperti yang didakwa oleh agensi dari Thailand.

Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu, menyatakan bahawa kementerian akan merujuk isu ini kepada beberapa agensi berkaitan, termasuk Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), untuk membuat pengesahan lanjut.

Anggur Shine Muscat Didakwa Ada Bahan Kimia, KPKM Dan MARDI Ambil Langkah Siasatan
Gambar sekadar hiasan

Kebanyakan sampel yang diuji mengandungi sisa kimia pada paras yang melebihi had maksimum yang dibenarkan

“Jika terbukti anggur tersebut mengandungi bahan sebagaimana yang didakwa, kita akan membuat pengumuman rasmi dan tindakan susulan akan diambil,” kata beliau. Setakat ini, pihak kementerian belum menerima sebarang aduan berkaitan isu tersebut.

Beliau turut menegaskan kepentingan kesihatan dan keselamatan makanan kepada rakyat Malaysia, serta menjamin pemantauan yang berterusan terhadap perkara ini. “Kami amat teliti dalam hal yang melibatkan kesihatan. Jika disahkan mengandungi bahan kimia berbahaya, tindakan susulan akan segera diambil,” katanya ketika menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Kumpulan Pengguna Air (KPA) IADA Kemasin Semerak.

Sebelum ini, Rangkaian Amaran Racun Perosak Thailand (Thai-PAN) telah memberi amaran berkenaan pencemaran anggur Shine Muscat, dengan laporan bahawa kebanyakan sampel yang diuji mengandungi sisa kimia pada paras yang melebihi had maksimum yang dibenarkan.

Dalam kenyataan mereka, Thai-PAN dan Majlis Pengguna Thailand (TCC) turut mendesak Kementerian Kesihatan Awam Thailand untuk mengambil tindakan segera, termasuk meminta pengimport dan pengedar untuk melabelkan negara asal anggur Shine Muscat yang diimport.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Taiwan Hentikan Jualan Mi Segera Dari Malaysia & Indonesia, Dakwa Ada Bahan Penyebab Kanser
Produk Kanak-Kanak Shein Didapati Mengandungi Bahan Toksik Ditemui Di Seoul
SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lapangan Terbang Baharu Sarawak Bakal Jadi Tarikan Pelabur Antarabangsa
Next Article Kuching Sah Dipilih Sebagai Lokasi Penganjuran Sukan SEA 2027

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?