I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: “Apa Salahku?” BERHENTI Bunuh Hidupan Liar, Sebaliknya Lakukan Ini Segera
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

“Apa Salahku?” BERHENTI Bunuh Hidupan Liar, Sebaliknya Lakukan Ini Segera

Oleh Nur Afifah 13 April 2020
Kongsi
4 Min Bacaan
"Apa Salahku?" BERHENTI Bunuh Hidupan Liar, Sebaliknya Lakukan Ini Segera

Kebelakangan ini, banyak kes pembunuhan haiwan liar dilaporkan. Kesemuanya didapati melibatkan unsur kekejaman terhadap haiwan terbabit. Haiwan pun sama seperti manusia. Mereka turut merasai kesakitan fizikal jika didera atau dikasari. Namun, haiwan tidak bersalah ini seringkali dianggap ganas dan mampu meragut nyawa sekiranya tidak dibunuh. Bukan begitu caranya.

Seekor Demi Seekor Gajah Pygmy Mati Dibunuh di Sabah

"Apa Salahku?" BERHENTI Bunuh Hidupan Liar, Sebaliknya Lakukan Ini Segera
Kredit : Berita Harian

Terbaharu, seekor lagi gajah pygmy ditemui mati dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit di Beluran, Sabah. Ini merupakan kes kedua dalam tempoh masa yang sangat singkat selepas kematian seekor gajah pygmy akibat ditembak di Sungai Udin, Tawau Sabah, kira-kira sebulan sebelumnya. Kedua-duanya didapati mati akibat kesan luka dan tembakan yang banyak. Perbuatan ini sememangnya tidak berperikemanusiaan.

1. Elakkan Memukul atau Membunuh Haiwan yang Mengganas

"Apa Salahku?" BERHENTI Bunuh Hidupan Liar, Sebaliknya Lakukan Ini Segera
Kredit : AFP

Tahukah anda bahawa memukul, mencederakan atau membunuh secara kejam haiwan yang mengganas walaupun semasa konflik dengan manusia adalah satu KESALAHAN? Mengikut Seksyen 86 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), individu yang didapati bersalah membunuh atau bertindak kejam terhadap haiwan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000.00 atau dipenjarakan sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.

"Apa Salahku?" BERHENTI Bunuh Hidupan Liar, Sebaliknya Lakukan Ini Segera
Kejadian buaya dipukul di Miri sehingga buaya terbabit mati setelah terlekat di jaring. Kredit : mStar

Orang ramai dilarang untuk mencederakan haiwan walaupun semasa mereka mengganas apabila berhadapan dengan manusia kerana ia hanya bersifat sementara. Kelakuan atau aktiviti haiwan liar ini bergantung kepada sumber makanan, ruang wilayah untuk mereka hidup dan ancaman. Walau pun tindakan sendiri boleh menyelamatkan tanaman atau nyawa manusia dengan segera, namun tindakan ini dikhuatiri menjejaskan populasi haiwan sekaligus ekosistem persekitaran.

2. Hubungi Pihak Berwajib Jika Berdepan Haiwan Liar

Kredit : Wired

Jika terdapat haiwan yang tidak sengaja memasuki kawasan ladang, pertanian atau tertangkap, hubungi terus pihak berwajib seperti PERHILITAN, Jabatan Hutan di Sarawak dan Jabatan Hidupan Liar di Sabah. Sekiranya haiwan tersebut tidak mengganas, seeloknya dilepaskan dengan baik dan tidak diganggu. Mereka pun ingin hidup aman seperti kita manusia.

3. Elakkan Amalan Memberi Makanan Kepada Haiwan Liar

Kredit : Pixabay

Amalan memberi makanan kepada haiwan liar seperti kera boleh mengundang masalah di kemudian hari. Ini kerana ia akan mengubah perlakuan haiwan-haiwan terbabit sehingga mereka bergantung kepada manusia untuk mendapatkan sumber makanan.

Selain itu, haiwan liar juga akan hilang rasa takut kepada manusia dan mudah bertindak ganas dan menyerang sekiranya tidak diberikan makanan oleh manusia.

Kadang-kadang, hidupan liar ini tidak mengganggu manusia. Namun, kerana ketamakan dan tiada rasa perikemanusiaan, haiwan ini sanggup dibunuh dengan kejam bagi mendapatkan organ yang dikatakan “berharga”.

Sebagai orang awam yang prihatin, kita sepatutnya bekerjasama dengan pihak berwajib bagi membanteras kegiatan memburu organ haiwan liar. Dengan aduan yang dibuat, anda mungkin telah menyelamatkan spesis hidupan liar yang kian terancam di Malaysia. Di zaman yang serba canggih dan moden ini, kepercayaan nilai perubatan daripada organ haiwan sepatutnya tidak lagi berlaku kerana teknologi perubatan semakin maju. Lupakanlah impian untuk bergaya di atas kesengsaraan alam.

Berilah generasi anda untuk hidup sempurna dalam kekayaan alam.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Baca 5 Kelebihan Siaran TV Digital yang Perlu Anda Tahu
Next Article Nak Beli Perabot Baru? Diskaun 80% Menanti Anda di HOMElove Expo di BCCK! Nak Beli Perabot Baru? Diskaun 80% Menanti Anda di HOMElove Expo di BCCK!

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?