• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Aplikasi Bayar Minyak Terus Dari Telefon Bimbit Kini Boleh Digunakan Di Stesen Petronas Terpilih Di Sarawak

Oleh
ILB - AI
10 Mac 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Tak perlu lagi berjalan ke kaunter, hanya perlu bayar terus dari telefon bimbit dari dalam kenderaan

Mengisi minyak kenderaan merupakan satu kerja rutin bagi mana mana pemilik kenderaan bermotor. Pasti ada antara anda pula, malas untuk berjalan jauh ke kaunter untuk membayar minyak dan mesti juga antara anda yang malas untuk menggunakan kad debit kerana perlu ada pre authorisation yang kebiasaannya ‘menahan’ RM200 dari akaun anda untuk tujuan mengisi minyak .

Isi Isi Penting
  • Tak perlu lagi berjalan ke kaunter, hanya perlu bayar terus dari telefon bimbit dari dalam kenderaan
  • Anda Hanya Perlu Pilih Nombor Pam Dan Terus Mengisi Minyak
  • Ketahui stesen minyak berhampiran yang menyokong pembayaran SETEL terus dari telefon bimbit anda
  • Dapatkan RM5 percuma dengan aplikasi SETEL

Kini, Petronas hadir dengan sebuah aplikasi yang dinamakan SETEL. Aplikasi ini adalah sebuah aplikasi dompet digital di mana aplikasi ini mempunyai fungsi pintar yang membenarkan anda membayar minyak terus dari telefon bimbit tanpa perlu risau ketiadaan wang tunai ataupun berjalan jauh ke kaunter.

Aplikasi Bayar Minyak Terus Dari Telefon Bimbit Kini Boleh Digunakan Di Stesen Petronas Terpilih Di Sarawak
Aplikasi Bayar Minyak Terus Dari Telefon Bimbit Kini Boleh Digunakan Di Stesen Petronas Terpilih Di Sarawak

Anda Hanya Perlu Pilih Nombor Pam Dan Terus Mengisi Minyak

Fungsi aplikasi ini sangat jelas, setibanya anda di stesen minyak Petronas yang menyokong fungsi ini anda hanya perlu buka aplikasi ini dan pilih no pam minyak anda dan terus mengisi minyak. Anda juga mempunyai pilihan untuk mengisi dengan nilai tetap ataupun terus tangki penuh. Segalanya diuruskan tanpa bantuan pump attendant atau pun pergi ke kaunter pembayaran.

Kredit : Lowyat.net

Ketahui stesen minyak berhampiran yang menyokong pembayaran SETEL terus dari telefon bimbit anda

Aplikasi ini dilengkapi dengan fungsi GPS, di mana apabila anda perlu mengisi minyak maka anda akan dapat mengetahui stesen minyak terdekat yang menyokong penggunaan aplikasi ini. Tak perlu pening pening nak cari, segalanya kini di hujung jari! Anda juga boleh hubungkan kad mesra anda terus ke dalam aplikasi ini dan mula mengumpul mata setiap kali anda mengisi minyak atau membeli barang di Kedai Mesra Petronas. Mata mesra ini nanti pula anda boleh gunakan untuk menebus minyak, atau pun mendapat diskaun pembelian di perniagaan yang terpilih.

Dapatkan RM5 percuma dengan aplikasi SETEL

Bagi pengguna baru aplikasi SETEL, anda akan mendapat RM5 percuma apabila memuat turun aplikasi ini Anda hanya perlu pastikan yang anda mengisi minyak dengan nilai RM30 untuk pembelian minyak kali pertama dan RM5 akan dikreditkan ke dalam dompet SETEL anda. Tunggu apa lagi, muat turun aplikasi ini sekarang.

Muat Turun Aplikasi Setel

Dapatkan minyak RM5 secara percuma!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pertambahan Kes COVID-19 Secara Mendadak, ITALI Mula Kuarantin Seluruh Negara Pertambahan Kes COVID-19 Secara Mendadak, ITALI Mula Kuarantin Seluruh Negara
Next Article Padah Jadi Keyboard Warrior Kecam Agama Islam Dan Kristian, Lelaki Ini Diberkas Polis Di Tabuan.

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?