• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Aplikasi Sarawak Pay Hadapi Masalah Teknikal, Tidak Dapat Diakses Pagi Ini

Oleh
ILB - AI
22 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Aplikasi Sarawak Pay Hadapi Masalah Teknikal, Tidak Dapat Diakses Pagi Ini

Umpama rutin tahunan apabila ada promosi Hari Sarawak

Aplikasi Sarawak Pay Hadapi Masalah Teknikal, Tidak Dapat Diakses Pagi Ini. Aplikasi Dompet Digital Sarawak Pay pagi ini mengalami masalah teknikal dan tidak dapat diakses oleh pengguna, berkemungkinan kerana peningkatan trafik sempena promosi Hari Sarawak yang diadakan oleh aplikasi tersebut, hari ini.

Berdasarkan semakan terakhir kami pada pukul 11.40 pagi, aplikasi itu masih tidak dapat diakses dengan lancar, di samping baki dompet digital semasa juga tidak dipaparkan secara betul untuk aplikasi yang berfungsi pada peranti Android. Fungsi pembayaran ‘Scan & Pay’ juga tidak dapat digunakan setakat ini.

Aplikasi Sarawak Pay Hadapi Masalah Teknikal, Tidak Dapat Diakses Pagi Ini
Aplikasi Sarawak Pay Hadapi Masalah Teknikal, Tidak Dapat Diakses Pagi Ini

Untuk promosi sempena Hari Sarawak tahun ini, Sarawak Pay menawarkan sebanyak 220 ribu voucher kepada pengguna, di mana seorang pengguna hanya boleh menebus 1 voucher seorang. Berbeza dengan promosi promosi tahun tahun yang lepas di mana pengguna akan menerima cashback tunai dalam nilai yang rawak.

Sementara itu, Borneo Post melaporkan bahawa pengendali aplikasi Sarawak Pay iaitu SiliconNet Technologies Sdn Bhd sedang membaik pulih masalah aplikasi tersebut ketika ini.

Difahamkan respon baik dari pihak awam dan kadar penggunaan yang tinggi menyebabkan masalah teknikal tersebut berlaku. Bagi pengguna aplikasi Sarawak Pay, anda masih boleh menebus promosi yang ditawarkan sehingga hujung bulan ini, dan tidak terhad pada hari ini sahaja.

Laman Facebook Sarawak Pay juga kini dihujani dengan komen netizen netizen yang gagal mengakses aplikasi tersebut.

Baca juga artikel menarik yang lain :
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Individu Di Sarawak Sudah Boleh Dapatkan Vaksin Secara ‘Walk-In’ Di PPV Mulai 23 Julai
Next Article Selamat Hari Sarawak! Ini Adalah 6 Fakta Menarik Tentang Perayaan Ini Selamat Hari Sarawak! Ini Adalah 6 Fakta Menarik Tentang Perayaan Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?