• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Argentina Tundukkan Perancis, Julang Piala Dunia Selepas 36 Tahun

Oleh
Aina Musa
19 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Argentina Tundukkan Perancis, Julang Piala Dunia Selepas 36 Tahun

Argentina juara, Perancis pula putih mata

Argentina Tundukkan Perancis, Julang Piala Dunia Selepas 36 Tahun. Pasukan Argentina menamatkan kemarau 36 tahun dengan menjulang trofi Piala Dunia edisi 2022 selepas menewaskan Perancis menerusi penentuan penalti 4-2 pada aksi final yang berkesudahan 3-3 di Stadium Lusail semalam.

Argentina Tundukkan Perancis, Julang Piala Dunia Selepas 36 Tahun
Argentina Tundukkan Perancis, Julang Piala Dunia Selepas 36 Tahun. Kredit: Kosmo

Pada aksi tersebut, skuad La Albeleceste membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan pasukan diketuai Lionel Messi, Julian Alvarez dan Angel Di Maria.

Tahniah Argentina!

Sementara itu, Perancis yang juga juara bertahan edisi 2018 turut melakukan yang sama dengan meletakkan pemain berbisa seperti Olivier Giroud, Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele.

Namun, Perancis tidak dapat mengekang asakan bertali arus yang dilakukan Argentina sehingga menyaksikan wakil Amerika Selatan itu dihadiahkan sepakan penalti selepas Dembele menjatuhkan Di Maria pada minit ke-23.

Argentina Tundukkan Perancis, Julang Piala Dunia Selepas 36 Tahun

Kesempatan itu digunakan oleh Messi untuk meledak gol pembukaan apabila mudah memperdayakan penjaga gol lawan, Hugo Lloris.

Momentum Argentina diteruskan apabila berjaya menjaringkan gol kedua menerusi serangan balas pantas yang berjaya disudahkan Di Maria pada minit ke-30 selepas menerima hantaran Alexis Mac Allister.

Tersentak dengan keputusan itu, pengendali Perancis, Didier Deschamps melakukan rombakan dengan mengeluarkan Giroud dan Dembele serta-merta untuk digantikan dengan Randal Kolo Muani dan Marcus Thuram.

Bersambung separuh masa kedua, Perancis kembali bernyawa apabila dihadiahkan sepakan penalti apabila Muani dijatuhkan dengan Mbappe merapatkan kedudukan buat wakil Eropah itu menjadi 1-2 pada minit ke-80.

Argentina Tundukkan Perancis, Julang Piala Dunia Selepas 36 Tahun

Mbappe hanya memerlukan 90 saat untuk menyamakan kedudukan menjadi 2-2 selepas bijak menyudahkan hantaran Thuram sekali gus terpaksa menyaksikan aksi diheret ke masa tambahan.

Argentina kembali mendahului saingan dengan keputusan 3-2 selepas Messi berjaya menyudahkan keadaan kucar-kacir di kubu Les Bleus untuk jaringan kedua peribadi pada minit ke-108.

Mbappe memastikan saingan diteruskan ke penentuan penalti dengan meledak hatrik pada minit ke-118 sekali lagi menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan Argentina, Gonzalo Montiel.

Pemain-pemain Argentina, Messi, Paulo Dybala, Leandro Paredes dan Montiel berjaya menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan manakala Perancis meraih gol menerusi Mbappe dan Muani.

Ini adalah kejuaraan ketiga Argentina yang sebelum ini pernah memenangi Piala Dunia edisi 1978 dan 1986.

SUMBER :Kosmo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 7 Mangsa Sindiket Kerja Di UAE Berjaya Pulang Ke Sarawak Lepas 3 Bulan Terkandas
Next Article Tular Video Bangunan Lama Penuh Sampah Jadi Sarang Gelandangan Di Bintulu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?