I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Asal Usul Iban Remun, Penutur Bahasa Iban Yang Lain Dari Iban Biasa
Notification Show More
Latest News
BeFunky collage 90 Dibikin 100% Oleh Komuniti Samarahan, Jom Tonton Filem Janda Kampung Durian
Dibikin 100% Oleh Komuniti Samarahan, Jom Tonton Filem Janda Kampung Durian
21 Mei 2022
Dijamin Sedap Dan Berbaloi Ini Adalah 8 Port Laksa Sarawak Terbaik Di Kuching Dijamin Sedap Dan Berbaloi! Ini Adalah 8 Port Laksa Sarawak Terbaik Di Kuching
Dijamin Sedap Dan Berbaloi! Ini Adalah 8 Port Laksa Sarawak Terbaik Di Kuching
21 Mei 2022
Medan Selera Halal Di Sarikei, Bazar MARA Kini Telah Dibuka Kepada Para Pengunjung!
Medan Selera Halal Di Sarikei, Bazar MARA Kini Telah Dibuka Kepada Para Pengunjung!
20 Mei 2022
Bukan Sekadar Gangguan, Pencemaran Bunyi Juga Didapati Tidak Baik Untuk Kesihatan Anda
Bukan Sekadar Gangguan, Pencemaran Bunyi Juga Didapati Tidak Baik Untuk Kesihatan Anda
20 Mei 2022
Buat Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Kongsi Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
20 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Asal Usul Iban Remun, Penutur Bahasa Iban Yang Lain Dari Iban Biasa

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 27/07/20 11:57 AM
Kongsi
5 Min Bacaan
BeFunky collage261 Asal Usul Iban Remun, Penutur Bahasa Iban Yang Lain Dari Iban Biasa
Kongsi

Bahasa Iban mereka sedikit berlainan daripada Bahasa Iban standard.

Asal Usul Iban Remun, Penutur Bahasa Iban Yang Lain Dari Iban Biasa. Kaum Iban sememangnya merupakan kaum pribumi yang terbesar di Sarawak. Kaum ini juga mempunyai slang yang berbeza mengikut daerah seperti di Iban Betong, Iban Simanggang atau Sri Aman, Iban Sarikei, Iban Rajang serta beberapa lagi.

Slang sahaja yang berubah namun bahasa mereka tetap menggunakan bahasa Iban standard.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat sebuah sub-etnik Iban di Sarawak yang mempunyai pertuturan Iban yang sedikit berlainan daripada Iban standard (Iban Balau)? Sub-etnik Iban ini dinamakan sebagai Iban Remun atau Iban Melikin.

Masyarakat Iban Remun mendiami kawasan Serian, Simunjan dan Balai Ringin

Seperti namanya juga, masyarakat Iban Remun ini banyak mendiami kawasan Serian dan Simunjan terutamanya di Kampung Remun, Lebor dan Triboh di Serian. Kaum Iban Remun juga mendiami 13 kampung di sepanjang Sungai Krang, Serian dan Balai Ringin.

Asal Usul Iban Remun, Penutur Bahasa Iban Yang Lain Dari Iban Biasa
Lokasi Sungai Krang dan Remun.

Dari segi percakapan nya pula, kebanyakan perkataan atau istilah yang tidak digunakan tidak sama seperti Iban biasa. Contoh nya seperti ‘nadai’ (tidak/tiada), disebut sebagai ‘entai’. Begitu juga dengan perkataan ‘meda’ (lihat), ia disebut sebagai ‘ngilau’ dalam bahasa Iban Remun.

Sebutan huruf ‘R’ juga biasanya lebih dalam seakan-akan sebutan huruf ‘R’ dalam loghat Negeri Sembilan.

Walau bagaimanapun, bahasa Iban Remun masih dapat difahami oleh penutur Iban lain.

Asal Usul Iban Remun, Penutur Bahasa Iban Yang Lain Dari Iban Biasa
Contoh perbandingan bahasa Iban standard dan Iban Remun.
Sumber : Wikipedia

Asal usul masyarakat Iban Remun dari Sungai Kapuas

Asal usul Iban Remun ini pula dipercayai dari kawasan Sungai Kapuas, Kalimantan. Walau pun pada asalnya mereka sama seperti masyarakat Iban yang lain, Iban Remun merupakan sekumpulan masyarakat Iban yang terawal berhijrah ke tanah Sarawak suatu ketika dahulu iaitu sekitar pertengahan kurun ke-16.

Asal Usul Iban Remun, Penutur Bahasa Iban Yang Lain Dari Iban Biasa
Asal Usul Iban Remun, Penutur Bahasa Iban Yang Lain Dari Iban Biasa
Gambar hiasan

Masyarakat Iban Remun ini pada asalnya dipimpin oleh 4 pemimpin Iban Remun iaitu Engkabi, Kekai, Bah dan Banteh.

Mereka telah melalui beberapa siri perpindahan yang jauh dan pernah menetap di Lubang Baya, Tapang Beraja, Bukit Temudok dan Sungai Krang di Batang Sadong.

Pemimpin Bah dan Banteh bina rumah panjang di Melikin

Dari Sungai Skrang pula, 2 pemimpin Iban Remun iaitu Bah dan Banteh membawa anak buahnya berpecah dari kumpulan besar dan akhirnya menetap di Melikin. Di sini, mereka telah membina sebuah rumah panjang yang dinamakan Tembawai Munggang. Mendengar perkhabaran hidup yang damai di Melikin, Kumpulan Engkabi dan Kekai pula menyusul dan tinggal di rumah panjang yang sama.

Pergaduhan antara kumpulan Bah Banteh dan Engkabi Kekai Cetus Perpecahan

Walau bagaimanapun, sebuah peristiwa pergaduhan telah berlaku di antara anak kecil kumpulan Bah Banteh dan Engkabi Kekai. Dikatakan bahawa anak kecil Bah Banteh telah ditipu oleh anak kecil dari kumpulan Engkabi Kekai tentang hasil hutan yang mereka perolehi.

Ia kemudiannya menjadi pergaduhan antara ahli keluarga besar. Peristiwa ini telah menyebabkan perpecahan antara kumpulan Bah Banteh serta kumpulan Engkabi Kekai yang kemudian mencari petempatan baru untuk mereka iaitu di Bukit Semuja.

Pengikut Engkabi dan Kekai bina petempatan baru di Bukit Semuja

Petempatan mereka di Di Bukit Semuja dinamakan sebagai Salapak. Ia berdekatan dengan sebuah air terjun yang dinamakan Panchor Asu.

Walau pun kumpulan Engkabi dan Kekai ini pernah sampai ke Samarahan untuk mencari tanah pamah baru, namun mereka berpatah semula ke Salapak. Malangnya, pada ketika ini, pemimpin mereka iaitu Kekai telah jatuh sakit dan meninggal dunia. Mendiang Kekai kemudian disemadikan di Bukit Kekai.

Kumpulan Iban Remun bersatu semula

Umpama peribahasa air dicincang tidak akan putus, kumpulan Bah dan Banteh ini kemudian datang ke Salapak dan diterima dengan baik oleh kumpulan Engkabi untuk tinggal bersama-sama. Setelah beberapa tahun, mereka kemudian berhijrah ke Sadong, Ensika dan Tebelu. Masyarakat Iban Remun di bawah pimpinan Bah kebanyakannya mengahwini Iban di kawasan Tebelu yang kini membentuk masyarakat Iban Sebuyau.

Masyarakat Iban Remun ini sekali lagi berpindah secara besar-besaran ke Sejanggil dan Empadai yang tidak jauh dari Simunjan. Mereka akhirnya menamatkan penghijrahan mereka di Bukit Remun dan menetap di sana sehingga kini.

Untuk pengetahuan anda, majoriti masyarakat Iban Remun kini memeluk agama Kristian walau pun pada asalnya mereka mengamalkan amalan animisme atau pagan. Namun, terdapat beberapa adat istiadat yang masih diamalkan sehingga ke hari ini.

Menarik bukan? Adakah anda seorang Iban Remun? Atau mengenali individu yang berasal dari Iban Remun? Kongsikan pengalaman atau pengetahuan anda di bahagian komen.

Artikel berkaitan etnik lain di Sarawak :

Nur Afifah 27 Julai 2020
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Rakyat Malaysia Yang Memasuki Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari TERKINI : Rakyat Malaysia Yang Memasuki Sarawak Akan Dikuarantin Terlebih Dahulu
Next Article Sihat Bukan Bermaksud Tidak Positif, Staf Kesihatan Ini Tampil Beri Nasihat Kepada Netizen Sihat Bukan Bermaksud Tidak Positif, Staf Kesihatan Ini Tampil Beri Nasihat Kepada Netizen

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

1F8708C6 082F 482F 89DB 7F1D08B8D78C Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Bukan Sekadar Gangguan, Pencemaran Bunyi Juga Didapati Tidak Baik Untuk Kesihatan Anda
Cerita Borneo

Bukan Sekadar Gangguan, Pencemaran Bunyi Juga Didapati Tidak Baik Untuk Kesihatan Anda

20 Mei 2022
Buat Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Cerita Borneo

Kongsi Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

20 Mei 2022
Perhiasan Yang Ternilai, Ketahui Bagaimana Pelbagai Kaum Di Sarawak Mula Memiliki Manik
Cerita Borneo

Perhiasan Yang Ternilai, Ketahui Bagaimana Pelbagai Kaum Di Sarawak Mula Memiliki Manik

20 Mei 2022
BeFunky collage 57 4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak
Cerita Borneo

4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak

20 Mei 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?