• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Atasi Isu Kesesakan Trafik Di Batu Kawa, Dr Sim Cadang Bina Jambatan Kedua

Oleh
Aina Musa
4 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Atasi Isu Kesesakan Trafik Di Batu Kawa, Dr Sim Cadang Bina Jambatan Kedua

Kesesakan jalan raya ekoran Batu Kawa sedang pesat membangun

Atasi Isu Kesesakan Trafik Di Batu Kawa, Dr Sim Cadang Bina Jambatan Kedua. Jambatan kedua Batu Kawa dicadang dibina bagi mengatasi masalah kesesakan trafik di kawasan tersebut yang sedang pesat membangun.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, selain jambatan kedua, jalan baharu juga dicadang untuk dibina bagi melencongkan trafik.

Atasi Isu Kesesakan Trafik Di Batu Kawa, Dr Sim Cadang Bina Jambatan Kedua
Atasi Isu Kesesakan Trafik Di Batu Kawa, Dr Sim Cadang Bina Jambatan Kedua. Kredit: Utusan Borneo

“Saya berterima kasih kepada penduduk di Batu Kawa atas kerjasama dan kefahaman mereka yang membolehkan Batu Kawa dibangunkan.

Jalan raya baru turut dibina

“Disebabkan kefahaman semua orang, kita dapat membangunkan Batu Kawa secara sistematik dari segi rekreasi, infrastruktur asas dan banyak lagi yang perlu dibuat.

“Dengan keadaan trafik yang sesak, kita telah mencadangkan jambatan kedua dan membina jalan baharu,” ujarnya.

Atasi Isu Kesesakan Trafik Di Batu Kawa, Dr Sim Cadang Bina Jambatan Kedua

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Batu Kawa di Dewan SJK Chung Hua Batu Kawa di sini, hari ini.

Ujar Dr Sim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa, jalan baharu perlu dibina bagi melencongkan trafik.

Jalan raya sedia ada sempit dan memerlukan jalan baru

Katanya, jalan sedia ada tidak dapat dibesarkan kerana sangat sempit dan penyelesaian terbaik adalah dengan membina jalan baharu.

Menurutnya lagi, Batu Kawa tempat yang sangat menarik di mana terdapat 50,000 rumah dengan jumlah pengundi hanya 30,000.

Maksudnya, ramai rakyat tinggal di Batu Kawa tetapi mereka tidak mengundi di konstituensi itu, katanya.

Dari segi pembangunan di Batu Kawa, Dr Sim berkata ia banyak disalurkan menerusi peruntukan ADUN yang mana tidak mencukupi.

Sebagai contoh sistem perparitan di Batu Kawa, selama 50 tahun tidak pernah naik taraf dilakukan dan memerlukan peruntukan yang banyak serta secara berperingkat.

Sehubungan itu, Dr Sim berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Padawan (MPP) kerana membantu beliau dalam membangunkan Batu Kawa.

Baca lagi artikel terkini di sini:

[VIDEO] Tular Kostum Arnab Berpakaian Etnik Cina Menari Tarian Ngajat Tarik Perhatian Netizen Sarawak
Gara-gara Jalan Berlapis Dan Diturap Ala Kadar, Lelaki Ini Kongsi Jadi Mangsa Kemalangan Di Samarahan
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Tular Kostum Arnab Dan Pakaian Cina Menari Tarian Ngajat Tarik Perhatian Netizen Sarawak [VIDEO] Tular Kostum Arnab Berpakaian Etnik Cina Menari Tarian Ngajat Tarik Perhatian Netizen Sarawak
Next Article Teringin Nasi 'Pengilan', Kukus Nasi Minyak Hidang Menu Kenduri Di Vivacity Kuching Teringin Nasi ‘Pengilan’, Kukus Nasi Minyak Hidang Menu Kenduri Di Vivacity Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?