Makanan asli Sarawak kini boleh dinikmati di mana saja
Ayam Pansuh Pertama Dalam Tin, Solusi Rindu Buat Orang Sarawak Di Luar Negara. LIFESPANTREE, sebuah syarikat makanan inovatif, kini menawarkan pelbagai produk kulinari Sarawak yang unik seperti ayam kampung pansuh (ayam dalam buluh), ikan terung asam (ikan dengan terung masam), ayam dengan nangka muda, dan rebung rebus belacan.
Inovasi ini menggabungkan teknik resepi makanan tin dengan bantuan mesin dan alatan yang khusus bagi memastikan keaslian rasa dan aroma hidangan terjaga hingga dua tahun lamanya.

Ini memungkinkan orang untuk merasakan keunikan Sarawak meskipun berada di tempat yang jauh dari tanah air.
Harganya berbaloi!
Untuk harganya pula, ayam kampung pansuh dalam tin dijual pada harga RM15 setin, manakala hidangan lain dijual pada harga RM12 setin.
Menurut laporan dari The Borneo Post, resepi ayam kampung pansuh yang digunakan untuk produk dalam tin merupakan resepi turun-temurun dari salah seorang ahli keluarga pengasas produk tersebut.

Jadi sekiranya anda tinggal jauh dari Sarawak, bolehlah cuba makanan Sarawak yang ditinkan ini demi mengubati keinginan anda terhadap makanan autentik dari bumi kenyalang ini.

Walaupun harganya sedikit mahal, tetapi berbalaoi untuk dicuba kerana pembuatan makanan tersebut dikatakan sedikit rumit dengan penggunaan peralatan mesin yang khusus digunakan.