Azhan Rani kali ini tawan Gunung Kinabalu, malah diuji dengan penyakit akut gunung
Azhan Rani Diuji Penyakit Akut Gunung, Semasa Tawan Kinabalu. Seorang pelakon lelaki Malaysia terkenal, Azhan Rani mengalami pelbagai rintangan sepanjang perjalanan ke puncak Gunung Kinabalu buat kali keempat.
Menurut laporan, pelakon berusia 47 tahun itu turut diuji dengan penyakit gunung akut atau Acute mountain sickness (AMS) buat kali pertama di gunung tersebut.
“Alhamdulillah ahli rombongan dan pasukan bimbingan yang tak putus asa tunda aku, akhirnya sampai juga. Macam mana cara nak sampai itu tak payah cerita, aib nanti,” katanya menerusi hantaran laman Instagram miliknya.
Menerusi video, Azhan kelihatan lemah tidak bermaya
Bagaimanapun, menerusi perkongsiannya di Instagram itu, Azhan memuat naik video yang diambil semasa dia berasa dalam pengaruh AMS yang menunjukkan dia kelihatan tidak berdaya dan lemah.
Untuk makluman, AMS adalah keadaan di mana penderitanya mengalami gejala ringan seperti sakit kepala dan loya selain pening, muntah, keletihan, kehilangan tenaga dan sesak nafas.
Berterima kasih kepada rakan sekumpulannya yang turut membantunya untuk terus maju ke hadapan
Bukan itu sahaja, Azhan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan sekumpulannya yang membantu dan menggalakkannya untuk terus naik ke puncak, menurut hantaran lain di Instagramnya.
Dalam pada itu, Azhan menyatakan bahawa jika bukan kerana mereka, dia boleh memutuskan untuk berhenti mendaki kerana masalah AMS yang dihadapinya.
Terpaksa melelapkan mata semasa dalam perjalanan turun
Sementara itu, Azhan mendedahkan ketika perjalanan turun, dia terpaksa melelapkan matanya di sebalik batu untuk menstabilkan keadaannya yang lemah itu. Namun, dia bersyukur kerana AMS dialaminya bukan kronik dan hanya di tahap ringan.

Malah, Azhan mendedahkan cuaca kali ini menimbulkan kesukaran dan cabaran baharu buat dirinya. Azhan mendakwa cuaca sejuk menyebabkan dia memerlukan tiga lapis sarung tangan untuk memanaskan badan.
