• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Baby Shima Buat Laporan Polis Terima Ugut Bunuh Di Sarawak, Menteri Hadir Bantu

Oleh
Nazihah AN
31 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Baby Shima Buat Laporan Polis Terima Ugut Bunuh Di Sarawak, Menteri Hadir Bantu

Datuk Seri Tiong King Sing Temani Baby Shima Buat Laporan Polis Pada Awal Pagi

Baby Shima Buat Laporan Polis Terima Ugut Bunuh Di Sarawak, Menteri Hadir Bantu. Penyanyi terkenal, Baby Shima, baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya melalui media sosial. Ugutan itu datang daripada seorang pengguna Facebook dipercayai dari Sarawak yang meninggalkan komen mengancam nyawanya.

Dalam tangkap layar komen yang dikongsi di Instagram, pengguna itu mengingatkan Baby Shima supaya “berhati-hati” jika tidak mahu “pulang sebagai mayat”. Tindakan individu ini nyata mengejutkan ramai pihak, termasuk Baby Shima sendiri.

Baby Shima Buat Laporan Polis Terima Ugut Bunuh Di Sarawak, Menteri Hadir Bantu

Laporan Polis Bersama Menteri Pelancongan

Tidak mengambil ringan ancaman tersebut, Baby Shima, atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, membuat laporan polis di Balai Polis Sibu, Sarawak. Menariknya, beliau ditemani oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, yang hadir pada jam 2 pagi bagi menunjukkan sokongan dan keprihatinannya.

“Terima kasih kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya atas keprihatinan. Datuk Seri Tiong King Sing datang ke Balai Polis Sibu walaupun pada jam 2 pagi. Tak sangka dan terima kasih banyak-banyak YB,” tulis Baby Shima dalam hantaran di IG.

Pengalaman Pertama Berhadapan Ugutan Bunuh

Ketika dihubungi media, Baby Shima mengakui ini adalah kali pertama beliau menerima ugutan seumpama ini. “Ini kali pertama saya dapat komen ugutan dahsyat seperti ini, jadi agak terkejut. Dengan komen seperti ini, dia seolah-olah mahu mengancam saya,” katanya.

Disebabkan itu, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang ini mengambil langkah berjaga-jaga dengan segera membuat laporan polis. “Sekarang polis masih siasat untuk cari individu berkenaan. Tapi, berdasarkan maklumat awal, individu berkenaan orang Sarawak,” tambahnya.

Sokongan Keselamatan Dari Polis

Baby Shima turut memaklumkan bahawa polis sedang mengenal pasti identiti pengguna FB tersebut dan memberikan jaminan keselamatan sepanjang beliau berada di Sarawak.

Beliau juga mengambil langkah tambahan untuk berhati-hati sepanjang berada di lokasi persembahan. Baby Shima dijadualkan membuat persembahan di acara ‘MOTAC Bersama Komuniti Sibu’ sempena sambutan ambang Tahun Baharu di Kompleks Sukan Komuniti Azman Hashim di Sibu Jaya.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Pertahan Hak Cipta, Baby Shima Sanggah Tuduhan Dedah Perbualan Antara Artis Tempatan
Berkikis Bulu Betis Versi Dangdut, Baby Shima Tawan Hati Netizen Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lupa Beli Nombor 4D, Sahabat Gaduh Terlepas Hadiah Pertama Di Sabah
Next Article Semangat Tidak Luntur, 4 Calon SPM Di Sabah Naik Bot Ke Sekolah Akibat Banjir

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?