• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

[BAJET SARAWAK 2020] Servis Bas Percuma untuk Pelajar Sekolah di Kuching Mulai 2020

Oleh
Ismail NA
4 November 2019
Kongsi
2 Min Bacaan
[BAJET SARAWAK 2020] Servis Bas Percuma untuk Pelajar Sekolah di Kuching Mulai 2020

Dah Boleh Jimat Belanja Sekolah Hari-Hari

[BAJET SARAWAK 2020] Servis Bas Percuma untuk Pelajar Sekolah di Kuching Mulai 2020
Kredit : sokmo.net

Belanjawan Negeri Sarawak 2020 sudah mulai diumumkan pagi hari ini oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Haji Abang Abdul Rahman Zohari atau Abang Jo. Salah satu perkara yang menarik dan dijadikan highlight untuk belanjawan kali ini ialah inisiatif bas sekolah percuma untuk pelajar sekolah mulai tahun 2020.

Bas Sekolah Berkonsepkan “Hop-On-Hop-Off“

Servis bas sekolah percuma tersebut menggunakan konsep “hop-on-hop-off” di mana pelajar sekolah boleh menaiki bas sekolah percuma tersebut di mana-mana perhentian sepanjang laluan bas dan seterusnya menurunkan mereka di sekolah.

Untuk permulaan, bas tersebut adalah merupakan ‘pilot initiative‘ yang akan dilaksanakan di sekitar Bandaraya Kuching terlebih dahulu dan akan diperluaskan ke bandar-bandar pesat yang lain sekiranya permintaan meningkat.

Kurangkan Belanja Sekolah, Kesesakan Lalu Lintas

[BAJET SARAWAK 2020] Servis Bas Percuma untuk Pelajar Sekolah di Kuching Mulai 2020
Kredit : The Malaysian Times

Usaha tersebut dibentangkan dalam Belanjawan 2020 untuk mengurangkan perbelanjaan pelajar sekolah terutamanya dalam kalangan isi rumah yang berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar selain mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuching.

Inisiatif ini pernah dicadangkan sekitar pertengahan tahun ini dan disambut baik oleh Abang Jo. Dengan kos tambang yang semakin meningkat, kos pengangkutan ini tentunya menjadi satu kira-kira yang membebankan untuk kebanyakan keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar.

[BAJET SARAWAK 2020] Servis Bas Percuma untuk Pelajar Sekolah di Kuching Mulai 2020
Bas Sekolah Gratis Indonesia. Kredit : Liputan6.com

Perbelanjaan tersebut akan meningkat jika termasuk dengan pengangkutan di kala terdapat aktiviti kokurikulum di luar waktu persekolahan. Walau pun ia bukan idea yang baharu, namun kesannya pasti dapat dilihat dengan jelas dan ketara seperti perkhidmatan Bas Sekolah Gratis di Indonesia yang dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas selain menjimatkan masa ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Apa pendapat anda tentang bas sekolah percuma ini? Jangan lupa like dan share post ini dan kongsikan pandangan anda tentang Bajet Sarawak 2020 di ruangan komen.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pasaraya Terkemuka Sarawak Perkenal Bungkusan Daun Pisang untuk Barangan Segar Pasaraya Terkemuka Sarawak Perkenal Bungkusan Daun Pisang untuk Barangan Segar
Next Article Sarawak mengumumkan akan membantu anak Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM 30 juta [BAJET SARAWAK 2020] Anak Sarawak Dapat RM 30 Juta untuk Bayaran Balik PTPTN

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?