• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bakal Siap Sepenuhnya 2 Tahun Lagi, Prototaip ART Berkuasa Hidrogen Selamat Tiba Di Pelabuhan Senari

Oleh
Husna Hazmi
5 Ogos 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Prototaip ART telah tiba di pelabuhan Senari hari ini.

Bakal Siap Sepenuhnya 2 Tahun Lagi, Prototaip ART Berkuasa Hidrogen Selamat Tiba Di Pelabuhan Senari. Dilaporkan, Prototaip trem pintar Transit Aliran Automasi (ART) berkuasa hidrogen telah tiba di Terminal Senari menaiki kapal HF Spirit dan telah berlabuh sekitar jam 8 pagi hari ini.

Ketibaan pengankutan ART ini dikatakan adalah salah satu detik bersejarah bagi Sarawak Metro si mana ia menandakan Bumi Kenyalang ini semakin hampir ke arah merealisasikan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) yang dibangun untuk memodenkan pengangkutan awam.

Bakal Siap Sepenuhnya 2 Tahun Lagi, Prototaip ART Berkuasa Hidrogen Selamat Tiba Di Pelabuhan Senari
Bakal Siap Sepenuhnya 2 Tahun Lagi, Prototaip ART Berkuasa Hidrogen Selamat Tiba Di Pelabuhan Senari. Kredit foto: Utusan Borneo

Satu kejayaan bagi kerajaan Sarawak

Ini juga merupakan satu kejayaan bagi kerajaan Sarawak dalam usaha untuk mengubah negeri ini menjadi maju dari segi ekonomi menjelang tahun 2030.

Sebaik sahaja ART ini memulakan operasinya dalam tempoh 2 tahun lagi, landskap sosioekonomi Kuching bakal berubah secara ketara seperti yang dibayangkan oleh pemimpin tertinggi Sarawak.

Penghantaran ART tersebut terdiri daripada tiga set kereta yang akan dipasang sebelum menjalani ujian kejuruteraan dan juga latihan bukti konsep. Kerja-kerja pemasangan kenderaan ART ini akan dilakukan di gudang Terminal Senari dan dijangka siap dalam tempoh 2 minggu.

Bakal Siap Sepenuhnya 2 Tahun Lagi, Prototaip ART Berkuasa Hidrogen Selamat Tiba Di Pelabuhan Senari

Akan jalani ujian kejuruteraan selama 2 bulan

Apabila selesai dipasang, ART ini pula akan menjalani ujian kejuruteraan selama dua bulan bermula 1 September bagi memperhalusi spesifikasi ART dan juga untuk mengenal pasti sebarang isu yang berpotensi sebelum memulakan latihan konsep (POC).

Latihan POC diadakan pada bulan November sepanjang Kuching-Samarahan Expressway. Tapak untuk latihan POC ialah lorong tiga kilometer yang dibina di antara dua bulatan yang telah ditukar menjadi persimpangan lampu isyarat pintar.

Laluan berkenaan bakal menjadi sebahagian daripada lorong khusus tetap yang dibina untuk penjajaran ART Blue Line.

Semasa menjalankan kedua-dua ujian kejuruteraan dan latihan POC, prototaip kenderaan hidrogen ART tidak akan dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun pihak berkepentingan terpilih akan dijemput untuk merasai pengalaman menaiki ART, sebagai sebahagian daripada usaha pengumpulan data.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Bakal Dibina Di Sarawak, Anthony Loke Rancang Mengkaji Sistem Rel
Punca Kematian Burung Merpati Di Tebingan Kuching Disiasat
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cepat Lebam Dan Busuk, Ini Rupanya Cara Simpan Pisang Agar Tahan Lama Cepat Lebam Dan Busuk, Ini Rupanya Cara Simpan Pisang Agar Tahan Lama
Next Article Misteri Empat Lembaga Hitam Di Stadium Terungkai, Rupanya Promosi Filem

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?