I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Bakal ‘Terbang’ Ke NASA, Pelajar Dari Bintulu Cipta Kejutan Menang Hackathon Terbesar Di Dunia
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bakal ‘Terbang’ Ke NASA, Pelajar Dari Bintulu Cipta Kejutan Menang Hackathon Terbesar Di Dunia

Oleh Nur Afifah 13 Disember 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Tahniah pelajar SMK Bintulu!

Bakal ‘Terbang’ Ke NASA, Pelajar Dari Bintulu Cipta Kejutan Menang Hackathon Terbesar Di Dunia. Bersaing dengan 36 finalis lain dari seluruh dunia yang terdiri daripada saintis, pereka dan pengatur cara, lima pelajar ini telah berjaya memahat nama Malaysia di mata dunia apabila dinobatkan sebagai pemenang dalam pertandingan hackathon terbesar di dunia!

Lima orang pelajar dari SMK Bintulu, Sarawak ini adalah Edwin Ting, Heng Wei, Isaac Yong Wei Onn, Yiek Siew Hao, Jayden Lu Zheng Li dan Sean Lee Jia Roung. Pasukan yang diberi nama Change Makers ini mendapat sokongan dan bimbingan daripada guru mereka, Cikgu Chew Ai Fang.

Pasukan Change Makers ini merupakan salah satu daripada 10 pemenang peringkat global yang diumumkan oleh mantan angkasawan NASA, Cady Coleman menerusi strim langsung pengumuman pemenang di Twitter rasmi NASA International Space Apps Challenge pada 11 Disember 2021 (Sabtu).

Space Apps 2021 Global Winners LIVE Announcement with @Astro_Cady happening NOW! https://t.co/zP54md4YIo

— NASA International Space Apps Challenge (@SpaceApps) December 10, 2021

Pelajar sekolah menengah ini dinobatkan sebagai pemenang menerusi Anugerah Global Penggunaan Terbaik Teknologi (Best Use of Technology Global Award), NASA International Space Apps Challenge 2021.

Cipta papan pemuka bantu pemilik rumah mengakses data meteorologi serta penggunaan tenaga solar

Inovasi yang diiktiraf sebagai terbaik oleh NASA ini diberi nama ‘Shine’, sebuah papan pemuka (dashboard) intuitif yang berupaya menyelaras dan meringkaskan data yang disediakan oleh pihak NASA. Melalui papan pemuka ini, pemilik rumah boleh mendapatkan akses dengan mudah kepada data meteorologi seperti radiasi solar, kelajuan angin, suhu persekitaran, kelembapan dan jumlah awan. Data ini juga boleh membantu pemilik rumah memaksimakan hasil daripada panel solar dan tenaga solar.

Bakal 'Terbang' Ke NASA, Pelajar Dari Bintulu Cipta Kejutan Menang Hackathon Terbesar Di Dunia
Demo projek Shine oleh pasukan Change Makers. Sumber : NASA Space Apps Challenge 2021
Bakal 'Terbang' Ke NASA, Pelajar Dari Bintulu Cipta Kejutan Menang Hackathon Terbesar Di Dunia
Bakal ‘Terbang’ Ke NASA, Pelajar Dari Bintulu Cipta Kejutan Menang Hackathon Terbesar Di Dunia. Sumber : Space Apps Sarawak

NASA Space Apps Challenge adalah hackathon 48 jam yang juga merupakan hackathon terbesar di dunia yang mengumpulkan para pereka, saintis, pengatur cara, dan penglipur lara untuk menggunakan data terbuka NASA bagi menyelesaikan masalah sebenar di Bumi dan juga angkasa lepas.

Sarawak merupakan antara lokasi yang bertuah untuk menyahut cabaran hackathon terbesar dunia itu tahun ini dengan mengadakan hackathon NASA Space Apps Sarawak. Acara penyelesaian masalah selama 48 jam ini adalah anjuran MESTR Sarawak dengan kerjasama Realfun Learning Centre di peringkat lokal. Space Apps Sarawak membolehkan para peserta dari seluruh Sarawak untuk merealisasikan projek teknologi maklumat dalam skop aplikasi yang meluas. 3 pemenang terbaik Sarawak dihantar ke peringkat global sekaligus mewakili Malaysia untuk cabaran ini.

Peluang sekali seumur hidup dapat pelawaan ke fasiliti NASA di Amerika Syarikat

Untuk pengetahuan anda, pasukan Change Makers merupakan salah sebuah daripada 3 pasukan Sarawak yang mewakili Malaysia mara ke peringkat global yang hanya menyenaraikan 37 pasukan finalis daripada lebih 250 lokasi di seluruh dunia. Pasukan lain yang turut mewakili Malaysia ke pertandingan hackathon NASA ini adalah pasukan SMK Pujut Educators dari Miri dan pasukan Dirty Bits dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Kemenangan pasukan Change Makers ini membolehkan mereka mendapat peluang sekali seumur hidup apabila dipelawa oleh NASA untuk melawat fasiliti mereka di Amerika Syarikat sekaligus menyaksikan pelancaran kapal angkasa. Pelawaan ini adalah sebahagian daripada hadiah kemenangan yang dijanjikan untuk pemenang global NASA Space Apps Challenge.

Bakal 'Terbang' Ke NASA, Pelajar Dari Bintulu Cipta Kejutan Menang Hackathon Terbesar Di Dunia
Sumber foto : AP
Bakal 'Terbang' Ke NASA, Pelajar Dari Bintulu Cipta Kejutan Menang Hackathon Terbesar Di Dunia
Sumber foto : NASA/Frank Michaux

Pemenang di peringkat global juga akan menerima hadiah lumayan berupa kredit Azure berjumlah USD 500 untuk penyertaan yang dinobatkan Anugerah Best Azure dan setiap ahli kumpulan akan menerima Azure Swag.

Walau bagaimanapun, keberangkatan pasukan ini ke fasiliti NASA di Amerika Syarikat adalah tertakluk kepada syarat perjalanan semasa dan keperluan VISA sewaktu musim pandemik ini.

Kemenangan Change Makers bukti peningkatan tahap pendidikan STEM di Sarawak

Menurut Datu Kameri Haji Affandi, Setiausaha Tetap MESTR, kemenangan pasukan Change Makers ini di peringkat global membuktikan usaha MESTR untuk meningkatkan tahap pendidikan terutamanya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) telah membuahkan hasil.

Local Lead NASA Space Apps Challenge Sarawak yang juga merupakan Pengarah Realfun Learning Centre, Teo Yuang Teck, turut meluahkan rasa bangga dengan kemenangan yang diraih oleh pasukan pelajar berserta guru dari SMK Bintulu kerana berjaya mengharumkan nama Sarawak sekaligus nama negara Malaysia. Realfun Learning Centre sebelum ini juga telah membimbing dua orang pelajar sehingga mereka memenangi cabaran pengaturcaraan global anjuran NASA dan Tynker pada tahun 2019.

Bakal 'Terbang' Ke NASA, Pelajar Dari Bintulu Cipta Kejutan Menang Hackathon Terbesar Di Dunia
Sumber : Realfun Learning Centre

MESTR selaku penganjur di Sarawak juga berharap agar dapat menganjurkan Hackathon NASA yang dalam skala yang lebih besar di Sarawak pada tahun hadapan, sekaligus menyasarkan lebih ramai peserta dengan program dan hadiah yang lebih menarik.

Tahniah sekali lagi diucapkan buat pasukan Change Makers dari SMK Bintulu, Sarawak! Ini baru betul-betul dari NASA!

Lagi cerita berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dua Remaja Berusia 16 Dan 17 Tahun Ditahan, Didapati Salah Guna Dadah Dua Remaja Berusia 16 Dan 17 Tahun Ditahan, Didapati Salah Guna Dadah
Next Article Tarikan Baharu, Kolam Renang MBKS Bakal Dibangun Semula Menjadi Taman Tema Air Kuching Tarikan Baharu, Kolam Renang MBKS Bakal Dibangun Semula Menjadi Taman Tema Air Kuching

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?