• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bakal Tiba Ke Kuching Tahun Ini, ART Pilih Laluan Samarahan Expressway Untuk ‘Test Drive’

Oleh
Aina Musa
23 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Bakal Tiba Ke Kuching Tahun Ini, ART Pilih Laluan Samarahan Expressway Untuk 'Test Drive'

Berita ini disahkan oleh Pengerusi SEDC

Bakal Tiba Ke Kuching Tahun Ini, ART Pilih Laluan Samarahan Expressway Untuk ‘Test Drive’. Laluan Expressway Samarahan akan menjadi medan ujian sistem pengangkutan awam baharu berkuasa hidrogen, Sistem Transit Aliran Autonomi (ART), kata Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain.

Bakal Tiba Ke Kuching Tahun Ini, ART Pilih Laluan Samarahan Expressway Untuk 'Test Drive'
Bakal Tiba Ke Kuching Tahun Ini, ART Pilih Laluan Samarahan Expressway Untuk ‘Test Drive’. Kredit: Borneo Network

Beliau menjelaskan prototaip kenderaan ART yang berukuran 30.2 meter panjang, 2.65 meter lebar dan 3.7 meter tinggi dan boleh mencapai kelajuan sehingga 70 kilometer sejam dengan kapasiti memuatkan 241 penumpang akan tiba di Sarawak pertengahan tahun ini dan akan menjalani Latihan Pengesahan Konsep (POC) di laluan berkenaan.

Bakal Tiba Ke Kuching Tahun Ini, ART Pilih Laluan Samarahan Expressway Untuk 'Test Drive'

Bakal dibawa masuk ke Sarawak pertengahan tahun ini

“Kita mempunyai satu ART yang telah siap di China dan akan dibawa masuk ke Sarawak pertengahan tahun ini untuk diuji selama kira-kira setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan tiga unit Toyota Mirai kepada Timbalan Premier Sarawak, yang disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pekarangan Wisma Bapa, hari ini.

“Kita akan menguji kenderaan ini di depo jalan Samarahan nanti,” tambahnya lagi.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata setakat ini hanya satu ART yang telah siap dan SEDC komited untuk membawa lebih banyak ART tahun hadapan.

Bakal Tiba Ke Kuching Tahun Ini, ART Pilih Laluan Samarahan Expressway Untuk 'Test Drive'

“Mungkin tahun depan kita akan membawa masuk tiga atau empat unit ART ke Sarawak.

“Ini akan membolehkan Sarawak memulakan operasi komersial pada penghujung tahun 2025,” ujarnya.

Kini, sedang menjalani POC di China

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata, SEDC merancang untuk menambah pengangkutan awam yang menggunakan hidrogen seperti bas.

“Kita akan mempunyai ART dan juga bas yang menggunakan hidrogen, ini boleh digunakan oleh orang awam nanti.

Untuk rekod, Depo Rembus, merupakan depo ART di Kota Samarahan yang kini dalam proses pembinaan.

Prototaip ART sebelum ini sedang menjalani Fasa 1 POC di Zhuzhou, China, yang akan berterusan sehingga Mac.

Baca lagi artikel menarik di sini:

Berita Baik Buat Warga Sarawak, ART Akan Dihantar Ke Kuching Pertengahan Tahun Ini
Menggunakan Teknologi Hidrogen, Prototaip ART Sarawak Telah Diuji Di China
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Karim: Tak Salah Melawat Rumah Ibadat, Bukan Bermaksud Terus ‘Convert’
Next Article 'Salah Pin Meeting Ni', Lelaki Jepun Berpakaian Lengkap Pejabat Berjaya Tawan Gunung Kinabalu ‘Salah Pin Meeting Ni’, Lelaki Jepun Berpakaian Lengkap Pejabat Berjaya Tawan Gunung Kinabalu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?