• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bakat Tersembunyi Di Pasar Malam KK, Netizen Kagum Peniaga Fasih Pelbagai Bahasa

Oleh
Farisha
15 Ogos 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Peniaga di pasar malam kota kinabalu dipuji kerana fasih pelbagai bahasa

Bakat Tersembunyi Di Pasar Malam KK, Netizen Kagum Peniaga Fasih Pelbagai Bahasa. Seorang individu tular baru-baru ini kerana menyapa pelancong Korea yang lalu dengan seruan “Hello! Mangoes!”. Dia kemudian menyanyikan lagu popular TikTok kumpulan K-pop Illit, ‘Magnetic’, yang mengundang ketawa dan kekaguman pelancong.

Menurut sumber, pasar ini popular di kalangan pelawat Korea yang sering terkejut dengan sambutan mesra yang diterima. Banyak papan tanda ditulis dalam tulisan Hangul, dan individu itu sendiri fasih berbahasa Korea.

Bakat Tersembunyi Di Pasar Malam KK, Netizen Kagum Peniaga Fasih Pelbagai Bahasa
Bakat Tersembunyi Di Pasar Malam KK, Netizen Kagum Peniaga Fasih Pelbagai Bahasa

Individu yang berusia 16 tahun atau dikenali sebagai “Midz” itu, terkenal sebagai “Mango Boy” dalam banyak video di media sosial kerana kemahiran bahasanya. Berasal dari Semporna, dia telah mempelajari bahasa Korea dari pelancong sejak kecil.

Ramai peniaga fasih dalam pelbagai bahasa seperti, bahasa Cina, Jepun, Inggeris dan Tagalog

Walaupun Midz adalah penjual “selebriti”, ramai peniaga lain juga fasih dalam pelbagai bahasa asing. Mereka berusaha menarik pelanggan dengan berbahasa Cina, Jepun, Inggeris, atau Tagalog.

Selain itu, seorang lagi individu yang bernama Mujid, turut boleh bertutur dalam enam bahasa. Dia dan rakan-rakannya belajar bahasa asing melalui internet dan Google Translate untuk memperbaiki sebutan mereka.

Dalam pada itu, seorang lagi individu mempelajari bahasa Korea sebelum bekerja di pasar malam. Minatnya terhadap lagu dan drama Korea membantu dia menguasai bahasa tersebut.

Pelancong dari China merupakan penyumbang terbesar kepada kedatangan pelancong antarabangsa ke Sabah, diikuti oleh pelancong Korea.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Fasih Berbahasa Korea, Pemandu Bot Pelancong Di Sabah Ini Tarik Perhatian Ramai
Wanita Dari Sabah Bercakap Bahasa Korea Dengan Pelanggan Korea, Netizen Kagum Dengan Kefasihannya
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pertikai Diberi Diskaun RM7, Pemilik Seafood Mukah Luah Kesal Sikap YB Kontijen Perak Pertikai Diberi Diskaun RM7, Pemilik Seafood Mukah Luah Kesal Sikap YB Kontijen Perak
Next Article Pil Maut Disamar Sebagai Gula-Gula Jenama Dari Malaysia, Berjaya Dirampas Polis New Zealand Pil Maut Disamar Sebagai Gula-Gula Jenama Dari Malaysia, Berjaya Dirampas Polis New Zealand

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?