• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bangunan Pintar Pertama Di Sarawak, Hikmah Exchange Bakal Jadi Pencakar Langit Di Satok

Oleh
Nazihah AN
10 April 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Bangunan Pintar Pertama Di Sarawak, Hikmah Exchange Bakal Jadi Pencakar Langit Di Satok

Telah dilaporkan bahawa bangunan ini dijangka siap pada tahun hadapan

Bangunan Pintar Pertama Di Sarawak, Hikmah Exchange Bakal Jadi Pencakar Langit Di Satok. Bangunan Hikmah Exchange yang terletak di Jalan Haji Taha, Satok akan menjadi bangunan pintar pertama di Malaysia.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg mengumumkan bahawa bangunan yang dimiliki oleh Permodalan Satok Berhad (PSB) itu akan dilengkapi sepenuhnya dengan sistem sentuhan elektronik atau e-switch.

Bangunan Pintar Pertama Di Sarawak, Hikmah Exchange Bakal Jadi Pencakar Langit Di Satok
Bangunan Pintar Pertama Di Sarawak, Hikmah Exchange Bakal Jadi Pencakar Langit Di Satok

Bangunan Hikmah Exchange bakal menjadi pencakar langit di Satok

Bagi memenuhi keperluan tersebut, Telekom Malaysia (TM) telah diminta untuk memasang kabel optik di bangunan tersebut yang kini sedang dalam pembinaan. Apabila siap nanti, bangunan tersebut akan menjadi perintis sistem digital sepenuhnya pada bangunan moden lain di Sarawak dan ia selaras dengan hasrat pemerintah untuk memperluaskan penggunaan teknologi dalam segala urusan.

Bangunan berkembar setinggi 22 tingkat ini sedang dibina dengan kos lebih RM300 juta. Pada asalnya, bangunan ini dijadualkan siap pada pertengahan tahun 2022. Namun, disebabkan oleh sebab-sebab tertentu, projek ini terpaksa ditangguhkan dan dijangka akan siap pada tahun hadapan.

Bangunan Pintar Pertama Di Sarawak, Hikmah Exchange Bakal Jadi Pencakar Langit Di Satok
Kredit: FB Billy Kidman

Bangunan ini lebih tinggi daripada bangunan hotel Sheraton

Bangunan ini terletak di lokasi sibuk di pusat bandar raya Kuching dan terbahagi kepada tiga komponen iaitu pejabat, pusat konvensyen, dan pusat komersial.

Abang Johari, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, mengatakan pembinaan bangunan tersebut juga menjadi titik penting dalam usaha untuk mempertahankan hartanah milik masyarakat Melayu di bandar.

Bangunan Pintar Pertama Di Sarawak, Hikmah Exchange Bakal Jadi Pencakar Langit Di Satok
Sumber: permodalansatok.com.my

Ini kerana beliau percaya bahawa tidak banyak lagi hartanah masyarakat Melayu yang tinggal di bandar berikutan kepesatan pembangunan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu. Oleh itu, pembinaan Hikmah Exchange adalah permulaan kepada usaha kita untuk mempertahankan hartanah masyarakat Melayu bandar.

Apabila siap nanti, beliau berhasrat untuk mempunyai 100% premis di bangunan itu dimiliki oleh masyarakat Melayu. Beliau juga tidak ingin bangunan tersebut dijual atau dipindah milik oleh waris pemilik asal nanti.

Ketahui juga di Kuching juga terdapat bangunan pencakar langit yang bakal siap, lihat pautan di bawah:

Terletak Di Tengah Kuching, Bangunan Sheraton Hotel Ini Jadi Tumpuan Netizen Sarawak
Bangunan Pencakar Langit Vivacity 2, Bakal Dilancarkan Bulan Oktober Hingga Disember Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selepas Insiden ‘Dia Sakit’ Axia Merah, Myvi Kelabu Pulak Buat Onar
Next Article Memudahkan Atau Tidak App Ganti Kupon Parking Di Bintulu Buat Netizen Berbeza Pendapat Memudahkan Atau Tidak? App Ganti Kupon Parking Di Bintulu Buat Netizen Berbeza Pendapat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?