• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Banjir Besar Akibat Ladang Sawit, Pemerintah Di Kalimantan Barat Dakwa Punca Dari Sarawak

Oleh
ILB - AI
13 Februari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Banjir besar melanda beberapa kawasan di sempadan Malaysia-Indonesia minggu lalu

Banjir Besar Akibat Ladang Sawit, Pemerintah Di Kalimantan Barat Dakwa Punca Dari Sarawak. Pemerintah atau ‘Camat’ dari Jagoi Babang, Kabupaten Bengkayang, Kalimantan Barat dalam satu laporan menyatakan banjir di daerah daerah yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Indonesia sebagai ‘kiriman’ dari Sarawak.

Banjir yang melanda beberapa daerah di sempadan Malaysia-Indonesia itu juga dikatakan antara yang terteruk setakat ini dan ladang kelapa sawit dikatakan menjadi salah satu punca banjir besar tersebut berlaku.

Sumber Gambar : Kompas

“Kita belum pernah mengalami banjir separah tahun ini. Pemicu utamanya adalah banyaknya perkebunan sawit, serta adanya kiriman air dari Malaysia. Saat itu Serikin Malaysia sudah lebih dulu mengalami banjir. Sehingga pada banjir susulan yang terjadi di Jagoi ini merupakan yang ketiga kalinya di tahun 2021,” ujar Radid

Ketika laporan tersebut dikeluarkan oleh CNN Indonesia , 3 buah daerah sedang ditelenggami air dan sebelum itu sebanyak 6 buah daerah telah ditelenggami air. Jadid turut menyatakan bahawa Desa Jagoi tidak pernah dilanda banjir sebelum ini namun kali ini telah dilanda banjir akibat ladang kelapa sawit dan juga ‘kiriman dari Malaysia’.

Banjir Besar Akibat Ladang Sawit, Pemerintah Di Kalimantan Barat Dakwa Punca Dari Sarawak

Selain menjejaskan penduduk daerah daerah tersebut, kawasan pertanian dan sawah padi juga dikatakan telah ditelenggami oleh banjir. Dalam masa 2 bulan kebelakangan ini juga, Jagoi Babang telah dilanda banjir sebanyak 3 kali.

Sementara itu, Pj Bupati Bengkayang,Yohanes Budiman, mengatakan banjir di kawasan kawasan tersebut kerana sungai semakin kecik dan menjadi cetek. Yohanes juga mendakwa sungai sungai tersebut menjadi cetek kerana aktiviti ladang kelapa sawit dan juga pertambangan emas tanpa izin (PETI) di Kabupaten Bengkayang.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 15 Februari, Rentas Zon Tidak Dibenarkan
Next Article Seorang Warga Emas Maut Di Pusat Jagaan Persendirian Di Sibu, Disahkan Positif COVID-19

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?