• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ahli Parlimen Larry Sng Gesa Polis Banteras Kongsi Gelap Sebelum Julau Bertukar ‘Wild West’

Oleh
Farisha
15 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Aktiviti haram semakin berleluasa di Julau dan Pakan

Ahli Parlimen Larry Sng Gesa Polis Banteras Kongsi Gelap Sebelum Julau Bertukar Wild West. Polis telah dinasihati untuk mengambil tindakan terhadap aktiviti kongsi gelap di kawasan Julau dan Pakan sebelum kawasan-kawasan tersebut bertukar menjadi seperti “Wild West” (Wilayah Barat Liar).

Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, dalam satu kenyataan di Facebook hari ini menyatakan bahawa, kongsi gelap tempatan telah menjadikan kehidupan penduduk di sana sengsara dengan pelbagai aktiviti haram mereka.

Ahli Parlimen Larry Sng Gesa Polis Banteras Kongsi Gelap Sebelum Julau Bertukar Wild West
Ahli Parlimen Larry Sng Gesa Polis Banteras Kongsi Gelap Sebelum Julau Bertukar Wild West. Sumber: Facebook

Beliau berkata, ketika beliau melawat masyarakat Cina di Julau yang sedang meraikan Tahun Baru Cina, beliau terserempak dengan beberapa kongsi gelap tempatan yang menimbulkan masalah.

Walaupun Larry sendiri tidak cedera, beliau bimbang keadaan di Julau kini semakin menyerupai bandar di “Wild West”.

Antara aktiviti haram yang dilakukan

Menurut Larry, dalam tempoh setahun, pengenalan perjudian dalam talian telah membahagikan bandar dan pekan di Sarawak kepada beberapa kawasan yang dikuasai kongsi gelap yang berbeza.

Selain terlibat dengan perjudian dalam talian, kongsi gelap di Julau juga terlibat dengan aktiviti menjual dadah, kontraband seperti rokok dan minuman keras, dan juga pinjaman wang haram.

Memaksa kedai kopi tempatan untuk memberi kontraband mereka di Pakan

Mereka dipercayai mengugut pemilik kedai kopi tempatan untuk membeli barangan kontraband daripada mereka.

Mereka yang enggan berbuat demikian akan diugut. Malah dadah pernah dijual secara terbuka di Julau bagi menunjukkan bahawa kongsi gelap ini kebal undang-undang.

Larry juga dimaklumkan bahawa beberapa penjawat awam dan tuai rumah telah berhutang dan sangat memerlukan wang untuk menjual tanah mereka. Malah, meminjam wang bagi membayar kongsi gelap yang mengenakan kadar faedah yang tinggi kepada mereka.

Beliau risau insiden baru-baru ini menunjukkan sikap angkuh kongsi gelap yang tidak menghormati undang-undang. Jika tiada tindakan diambil, ianya akan terus berleluasa.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Aktiviti Rancak Tiap Malam, Jalan Di Samarahan Jadi Port Lumba Haram Sambil Lawan Arus
RM1.23 Juta Dadah Mahu Dihantar Ke Sarawak Berjaya Dirampas, Suami Isteri Dan Rakan Ditahan
SUMBER :The Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article KDN Rampas Alat Mainan Seks Bernilai RM70K, Kedai Di Kuching Antara Yang Diserbu KDN Rampas Alat Mainan Seks Bernilai RM70K, Kedai Di Kuching Antara Yang Diserbu
Next Article Uji Adrenalin Anda Dengan Sukan Lumba Go-Kart Di Serapi Borneo Race Track Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?