Terima kasih Basaga Holiday Residences.
Basaga Holiday Residences Tutup Sepenuhnya, Hotel Pertama Di Sarawak Umum Tamat Operasi. Nampaknya, operasi pelancongan dan hospitaliti di Sarawak juga memperlihatkan impak negatif daripada pandemik yang melanda dunia ketika ini.
Terbaharu, menerusi laman Facebook rasminya, Basaga Holiday Residences telah mengumumkan penamatan operasinya di Lot 69-70, Jalan Tabuan, Off Chong Lin Park (berdekatan simpang empat The Spring).
Walau bagaimanapun, pihak hotel tidak menyatakan alasan penamatan operasi pada kiriman nya di Facebook hari ini.
Hotel ini pernah mendapat rekomendasi 91% oleh TripAdvisor
Terletak tidak jauh dari pusat bandar, Basaga Holiday Residences sememangnya menjadi pilihan pelancong serta warga tempatan sebagai lokasi penginapan.
Reka bentuk dalamannya berkonsepkan gaya terbuka serta dikelilingi dengan tumbuhan menjadikan suasananya tampak menenangkan.
Walau bagaimanapun, Basaga Holiday Resort yang terletak di Lundu kini masih beroperasi tetapi ia kini dikenali sebagai Rafflesia Resort.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat beberapa hotel di Malaysia yang telah menutup operasi sepenuhnya akibat kerugian yang dialami sejak dilanda pandemik.