• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Batal Tak Sampai 24 Jam Lepas Beli, Gadis Ini Dakwa Tiket AirAsia ‘Scam’

Oleh
Ismail NA
8 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Hati-Hati Semua.

Batal Tak Sampai 24 Jam Lepas Beli, Gadis Ini Dakwa Tiket AirAsia ‘Scam’. Seperti yang kita semua sedia maklum, situasi PKP di negara kita sudah mula dilonggarkan. Penerbangan domestik juga telah dimulakan semula oleh operator syarikat penerbangan. Walau bagaimanapun, ada pula situasi yang kurang menarik didakwa berlaku pada pelanggan sebuah syarikat penerbangan ini.

Menerusi perkongsian seorang pengguna laman Twitter, Anis Syairah, beliau mendakwa bahawa penjualan tiket penerbangan AirAsia dilihat sebagai satu penipuan atau ‘scam’ bagi mengaut keuntungan.

Ciapan tersebut telah mendapat 2.2K ulang ciap dan 866 tanda suka.

Batal Tak Sampai 24 Jam Lepas Beli, Gadis Ini Dakwa Tiket AirAsia 'Scam'
Batal Tak Sampai 24 Jam Lepas Beli, Gadis Ini Dakwa Tiket AirAsia ‘Scam’

Sengaja Letak Tarikh Penerbangan Dan Batal Selepas Dibeli Pelanggan

Menurut Anis, tidak sampai beberapa jam selepas beliau membeli tiket penerbangan, pihak AirAsia menghubunginya dan memberitahu bahawa penerbangannya dibatalkan.

Tambahnya lagi, pihak syarikat penerbangan seolah-olah sengaja meletakkan tarikh-tarikh penerbangan beroperasi kemudian sewenang-wenangnya membatalkan penerbangan selepas pelanggan membeli tiket. Beliau juga bengang dengan sikap syarikat penerbangan tersebut yang sebenarnya tidak beroperasi secara penuh dan menggesa agar menghentikan tarikh penjualan sedia ada.

“Habis RM 2K”, Wanita Ini Dakwa Tindakan Tersebut Membuang Masa Dan Tenaganya

Lebih menyedihkan, beliau yang juga merupakan seorang pelajar telah menghabiskan wang sebanyak RM 2K untuk tempahan penerbangan yang kemudiannya dibatalkan saat akhir.

Tambahan pula, beliau telah bersusah payah mendapatkan kelulusan borang serta dokumen penting dari kerajaan Sarawak, IPTA, KPT serta pihak polis.

Batal Tak Sampai 24 Jam Lepas Beli, Gadis Ini Dakwa Tiket AirAsia 'Scam'

Sebelum ini, pihak AirAsia sememangnya telah mengumumkan pembukaan semula operasi domestik untuk ‘essential travel’.

Netizen Saran Buat Aduan Kepada KPDNHEP

Ciapan tersebut mendapat perhatian dan komen daripada netizen. Rata-ratanya berkongsi pengalaman penerbangan mereka turut dibatalkan dan belum menerima bayaran balik setelah beberapa bulan menunggu. Ada juga yang menyarankan beliau untuk membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Batal Tak Sampai 24 Jam Lepas Beli, Gadis Ini Dakwa Tiket AirAsia 'Scam'
Batal Tak Sampai 24 Jam Lepas Beli, Gadis Ini Dakwa Tiket AirAsia 'Scam'

Menerusi perkembangan terbaharu operasi penerbangan syarikat ini, semalam mereka telah mengumumkan untuk melanjutkan tempoh sah akaun kredit sehingga 2 tahun. Selain itu, anda juga diberikan pilihan penukaran penerbangan tanpa had.

Hmm, kalau benar begitu, tak baik menganiaya pelanggan. Bak kata orang putih, ‘what goes around, comes around’.

Apa pendapat anda? Adakah anda pernah mengalami situasi yang sama atau kini sedang mengalaminya? Kongsikan di ruangan komen.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Kadar Pengangguran Di Malaysia Naik Ke Tahap Tertinggi Dalam Sedekad TERKINI : Kadar Pengangguran Di Malaysia Naik Ke Tahap Tertinggi Dalam Sedekad
Next Article Kerajaan Sarawak Tambah Bantuan, Individu Bujang Dapat RM500 Secara On Off Kerajaan Sarawak Tambah Bantuan, Individu Bujang Dapat RM500 Secara One Off

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?