I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Baucar Digital Khas RM300 Untuk Pelajar IPTA Kini Dibuka, Ini Cara-Cara Mohon FlySiswa

Oleh ILB - AI
16 Ogos 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Baucar Digital Khas RM300 Untuk Pelajar IPTA Kini Dibuka, Semak Kelayakan Di Sini

Semak syarat kelayakan anda untuk baucar digital khas RM300 di sini

Baucar Digital Khas RM300 Untuk Pelajar IPTA Kini Dibuka, Ini Cara-Cara Mohon FlySiswa. Pembelian tiket penerbangan sesuatu perkara yang agak membebankan buat pelajar, lagi-lagi kalau musim perayaan, memang confirm harga tiket mahal macam takleh bawak bincang!

Tetapi usah risau, bagi mereka yang tidak tahu, kerajaan kini menawarkan subsidi sebanyak RM300 khas untuk pelajar IPTA dalam pembelian tiket penerbangan bagi laluan domestik.

Baucar Digital Khas RM300 Untuk Pelajar IPTA Kini Dibuka, Ini Cara-Cara Mohon FlySiswa
Baucar Digital Khas RM300 Untuk Pelajar IPTA Kini Dibuka, Ini Cara-Cara Mohon FlySiswa

Syarat kelayakan

Ini adalah terma dan syarat individu yang layak menerima insentif ini adalah seperti berikut;

  1. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut;
    • berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia;
    • berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
    • berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
    • berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
    • berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
  2. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
  3. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline;
  4. Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan
  5. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Baucar Digital Khas RM300 Untuk Pelajar IPTA Kini Dibuka, Ini Cara-Cara Mohon FlySiswa

Jika dinyatakan tidak layak, usah risau anda boleh buat rayuan

Bagi pelajar yang ingin membuat semak kelayakan, boleh melalui pautan laman web Kementerian Pengangkutan (MOT) 👉🏻subsidiudara.mot.gov.my

Walau bagaimanapun, jika dinyatakan bahawa anda tidak layak usah risau, anda boleh buat rayuan mulai 15 Ogos 2023 hingga 31 Oktober 2023 kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Universiti masing-masing.

Baucar Digital Khas RM300 Untuk Pelajar IPTA Kini Dibuka, Ini Cara-Cara Mohon FlySiswa
Baucar Digital Khas RM300 Untuk Pelajar IPTA Kini Dibuka, Ini Cara-Cara Mohon FlySiswa

Flysiswa dari Malaysia MADANI

Jika tertera layak, maka anda boleh mohon baucar digital melalui laman web syarikat penerbangan yang dipilih.

Antara syarikat penerbangan yang terlibat dalam penggunaan baucar adalah MAS, Air Asia, Batik Air, MyAirline, MAS Wings dan Firefly.

Turut diingatkan bahawa tarikh akhir penebusan baucar adalah pada 31 Oktober 2023 ini. Jadi pelajar-pelajar di luar sana, kena lah gunakan sebaik mungkin.

Buat anak Sarawak, ketahui juga bahawa anda boleh semak insentif bayaran balik PTPTN, semak sini:

Anak Sarawak Peroleh Insentif Sebanyak 30 Peratus Untuk Bayaran Balik PTPTN, Semak Sini
Pesta Buku Terapung Dibatalkan Di Kuching, Doulos Hope Berlabuh Ke Kota Kinabalu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Ajak Geng Belasah Rakan Sekolah, Sebab Cemburu Berebut Awek
Next Article Tular Pengkid Kacau Jurujual Wanita Sedang Bekerja, Sampai Kejar Minta Peluk

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?