• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI: Bayi Baru Lahir Masih Bertali Pusat Ditemui Di Bandar Baru Samariang

Oleh
Aina Musa
29 November 2023
Kongsi
1 Min Bacaan
TERKINI Bayi Baru Lahir Masih Bertali Pusat Ditemui Di Bandar Baru Samariang

Masih bertali pusat dan ditemui di dalam semak

TERKINI: Bayi Baru Lahir Masih Bertali Pusat Ditemui Di Bandar Baru Samariang. Penduduk di Bandar Baru Samariang dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan sekitar jam 9:30 pagi tadi. Bayi malang itu ditemui berdasarkan rakaman video yang tersebar di media sosial.

Merujuk rakaman itu, seorang bayi yang dianggarkan berusia beberapa jam dan masih mempunyai tali pusat telah berjaya diselamatkan oleh penduduk dari kawasan semak berhampiran lorong 19 Cahaya Damai, Bandar Baru Samariang.

TERKINI: Bayi Baru Lahir Masih Bertali Pusat Ditemui Di Bandar Baru Samariang. Sumber: Facebook

Dalam rakaman itu juga, terdapat seorang wanita yang menyelimuti bayi tersebut dengan sehelai tuala kecil. Beberapa orang wanita lain yang prihatin terhadap keadaan bayi tersebut, turut berkumpul bagi memberikan pertolongan.

Bayi yang ditemui dalam keadaan lemah itu kemudiannya dibawa ke sebuah gerai berhampiran bagi mendapatkan rawatan sementara sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan kesihatan lanjut.

Berdasarkan info terkini, bayi tersebut telah pun diambil oleh pihak hospital untuk diberikan rawatan susulan.

Selain itu, pihak berkuasa telah pun dimaklumkan berhubung insiden terbabit bagi siasatan lanjut.

Baca lagi artikel menarik:

Terbuka Kepada Pelajar IPTA Dan IPTS, Bantuan Sewa Sarawak Kini Diperluaskan
Penerbangan Langsung Kuching-Pontianak Dijangka Bermula 2024
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terbuka Kepada Pelajar IPTA Dan IPTS, Bantuan Sewa Sarawak Kini Diperluaskan Terbuka Kepada Pelajar IPTA Dan IPTS, Bantuan Sewa Sarawak Kini Diperluaskan
Next Article Bas Terpakai Dihias Seperti Bilik Hotel, Nikmati Percutian Unik Di Borneo Keranji Farm

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?