• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bayi Cukup Sifat Ditemui Di Tempat Pembuangan Sampah Di Sabah

Oleh
Husna Hazmi
7 Oktober 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kes pembuangan bayi di Kota Kinabalu, Sabah.

Bayi Cukup Sifat Ditemui Di Tempat Pembuangan Sampah Di Sabah. Dilaporkan bahawa, semalam gempar di Taman Indah Permai Menggatal, Kota Kinabalu setelah orang awam menemui bayi lelaki baru lahir yang masih lagi bernyawa di dalam tong sampah berhampiran pasar raya taman berkenaan.

Bayi Cukup Sifat Ditemui Di Tempat Pembuangan Sampah Di Sabah
Bayi Cukup Sifat Ditemui Di Tempat Pembuangan Sampah Di Sabah

Bayi lelaki sempurna sifat itu ditemui kira-kira pada jam 7 malam

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman bayi lelaki yang dikatakan sempurna sifat itu ditemukan kira-kira pada jam 7 malam.

Beliau menjelaskan bahawa, kejadian dipercayai disedari oleh seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang kebetulannya melalui kawasan pembuangan sampah berkenaan. Lelaki yang enggan dikenali itu menyedari peristiwa tersebut setelah mendengar bunyi rengekan yang disangka kucing di kawasan pembuangan sampah.

“Semasa hampir pada punca bunyi itu lelaki berkenaan terkejut sebaik menemukan bayi malang itu sebelum menghubungi pihak berkuasa,” kata beliau.

Bayi Cukup Sifat Ditemui Di Tempat Pembuangan Sampah Di Sabah

Sepasukan polis telah digerakkan ke lokasi

Beliau berkata bertindak dengan kejadian, sepasukan polis telahpun digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

“Bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan itu kemudiannya diserahkan kepada pasukan ambulans yang membawanya ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKS) untuk pemeriksaan dan rawatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi,” jelas beliau.

George berkata pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pembuangan bayi itu untuk tampil memberi maklumat. Tambah beliau lagi, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ab Zumin di talian 0145521425.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article GSC Keluarkan 'Teaser' Di Sosial Media, Bagi Petunjuk Pawagam Di Sarawak Bakal Dibuka Tak Lama Lagi GSC Keluarkan ‘Teaser’ Di Sosial Media, Bagi Petunjuk Pawagam Bakal Dibuka Tak Lama Lagi
Next Article Sertai TEGAS Tech Immersion Programme, Latihan Teknologi 6 Bulan Khas Untuk Graduan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?