Baru sahaja di buka untuk warga Kuching
Beanz Cafe Emporium, Kafe Instaworthy Dengan Aneka Menu Dessert Dan Kopi Di Kuching. Siapa di sini peminat kopi dan pencuci mulut? Untuk anda pencinta kopi dan dessert apa kata anda singgah ke Beanz Cafe ini.
Gabungan rasa pahit daripada kopi dan manis daripada pencuci mulut, pastinya gabungan kedua-dua hidangan ini mampu membangkitkan selera anda.
Terletak di Emporium, Kuching kafe ini menyajikan variasi minuman berkafein seperti kopi dan teh serta pelbagai hidangan pencuci mulut.
Pelbagai menu menarik
Kafe ini baru sahaja beroperasi disember lepas dengan menawarkan pelbagai menu menarik untuk pelanggan yang datang.
Bukan sahaja kopi, Beanz Cafe ini menyajikan pelbagai jenis pencuci mulut antaranya Waffle dan Croffle.
Menariknya di sini, hidangan Croffle mereka dilengkapi dengan pelbagai perisa yang enak antaranya, Cheesy, Matcha, Biscoff, Strawberi, Coklat dan banyak lagi.
Sekiranya anda menginginkan sesuatu yang savuri pula, menu Sourdough Grilled Cheese with Creamy Tomato antara sajian yang sangat disyorkan untuk dicuba sekiranya anda datang ke sini.
Ruang dengan dekorasi indah
Menjejakkan kaki ke dalam kedai, pelanggan pasti akan terpegun dengan dekorasi indah serta elegan yang menjadi tema kafe tersebut.
Inilah tempat paling ideal untuk menghilangkan lelah anda sambil menikmati secawan kopi mahupun sepotong kek.
Untuk anda yang bercadang menikmati secawan kopi dan sepotong kek di Beanz Cafe, kafe ini terletak di Ground floor, Lot 21519, No S15, Block 16, KCLD, EMPORIUM, Jalan Tun Jugah, Kuching.
Untuk hari operasi, kafe ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 11 malam.