I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Bekalan Telur Kembali Pulih, Pembeli Pula ‘Bidas’ Harga Tidak Masuk Akal
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Bekalan Telur Kembali Pulih, Pembeli Pula ‘Bidas’ Harga Tidak Masuk Akal

Oleh Aina Syafiqah Musa 28 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Bekalan Telur Kembali Pulih, Pembeli Pula 'Bidas' Harga Tidak Masuk Akal

‘Kehadiran’ telur ayam sudah mula dilihat di kedai-kedai runcit

Bekalan Telur Kembali Pulih, Pembeli Pula ‘Bidas’ Harga Tidak Masuk Akal. Bekalan telur ayam dikatakan kembali stabil, namun harganya kini meningkat sehingga mencecah RM18 sepapan bagi telur gred A.

Tinjauan Kos­mo! di beberapa kedai runcit mendapati harga telur yang dijual itu melebihi paras normal berbanding kebiasaan bagi telur ayam gred A, B dan C.

Bekalan Telur Kembali Pulih, Pembeli Pula 'Bidas' Harga Tidak Masuk Akal
Bekalan Telur Kembali Pulih, Pembeli Pula ‘Bidas’ Harga Tidak Masuk Akal. Sumber: Kosmo

Seorang peniaga yang dikenali sebagai Yusof, 44, berkata, dia mendapat bekalan antara 500 sehingga 600 papan telur ayam daripada pembekal pada Khamis lalu, namun dikenakan caj tambahan.

Terputus stok bekalan telur secara tiba-tiba

Katanya, pembekal tidak memaklumkan sebab utama bekalan telur ayam kembali pulih secara tiba-tiba, namun difahamkan ia tiada kena-mengena dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Tidak dinafikan sebelum ini bekalan memang terputus dan saya hanya menerima penghantaran telur ayam sekali atau dua kali dalam seminggu daripada pembekal.

Bekalan Telur Kembali Pulih, Pembeli Pula 'Bidas' Harga Tidak Masuk Akal
Harga siling ayam dan telur. Sumber: Bernama

“Namun, sejak minggu lalu, bekalan sudah normal seperti biasa walaupun bilangan masih sedikit, pembekal menghantar lebih kerap iaitu tiga kali se­minggu,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Katanya, peniaga dikenakan caj tambahan iaitu caj penghantaran 2 sen untuk setiap biji telur sehingga memaksa harga jualan dinaikkan untuk semua gred.

Seorang lagi peniaga kedai runcit yang mahu dikenali sebagai Azman, 52, berkata, bekalan telur ayam dijangka terus pulih dalam masa terdekat sambil turut tidak menolak berlaku kenaikan harga.

Harga sepapan pula tidak masuk akal

Jelasnya, telur ayam gred A kini dijual pada harga RM18 sepapan, B (RM17) dan C (RM16) iaitu lebih mahal berbanding harga biasa antara RM13 sehingga RM15.50 bagi ketiga-tiga gred telur itu.

“Agak menghairankan juga selepas PRU15 bekalan telur pulih secara tiba-tiba tetapi saya diberitahu ia secara kebetulan.

“Memang harganya semakin mahal, ramai pengguna mengeluh dan mereka hanya membeli telur ayam gred C kerana lebih murah,” katanya.

Bekalan Telur Kembali Pulih, Pembeli Pula 'Bidas' Harga Tidak Masuk Akal

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati kesemua 13 pemborong telur ayam utama negeri ini mula menerima bekalan dalam kapasiti 100 peratus daripada pengeluar sejak kelmarin.

“Bekalan telur ayam itu mula diagihkan ke semua pasar raya dan kedai runcit di seluruh ne­geri ini secara berperingkat.

“Boleh dikatakan masalah kekurangan telur ayam di Terengganu kini sudah berjaya diatasi hampir 60 peratus,” katanya ketika dihubungi semalam.

Saharuddin bagaimanapun menasihatkan pengguna agar tidak melakukan pembelian pa­nik yang dikhuatiri boleh mengganggu rantaian bekalan.

Beliau berkata, berdasarkan rekod bekalan yang diterima pemborong berkenaan, masalah kekurangan telur ayam dijamin selesai sepenuhnya dalam beberapa hari lagi.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Port Makan Terbaik Di Mukah Yang Anda Mesti Cuba
Next Article Jadi Akses Bawa Pelabur Dan Pengunjung, Syarikat Penerbangan Sarawak Tidak Berlandaskan Keuntungan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?