• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bekas Pembantu Jururawat Dipenjara 2 Tahun Kerana Seleweng Duit Perkhidmatan Ambulans

Oleh
Farisha
21 April 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Duit pelanggan masuk poket sendiri

Bekas Pembantu Jururawat Dipenjara 2 Tahun Kerana Seleweng Duit Perkhidmatan Ambulans. Seorang bekas pembantu jururawat, Bonia Matthew, 32, dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah jenayah melibatkan wang perkhidmatan ambulans milik Kuching Life Care Society.

Pertuduhan pertama melibatkan jumlah sebanyak RM1,530, iaitu wang daripada seorang pelanggan lelaki berusia 67 tahun bagi perkhidmatan ambulans. Kesalahan ini berlaku antara 12 Mac 2024 hingga 5 Mac 2025 di pejabat pertubuhan itu di Jalan Foochow 1.

Bekas Pembantu Jururawat Dipenjara 2 Tahun Kerana Seleweng Duit Perkhidmatan Ambulans
Bekas Pembantu Jururawat Dipenjara 2 Tahun Kerana Seleweng Duit Perkhidmatan Ambulans. Sumber foto: Suara Sarawak

Pertuduhan kedua pula lebih serius — Bonia didakwa menyalahgunakan RM4,260 daripada seorang lagi pelanggan lelaki berumur 57 tahun, antara 9 Februari 2024 hingga 19 Mac 2025, di lokasi yang sama.

Kedua-dua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 14 tahun, sebatan, dan juga denda jika sabit kesalahan.

Hukuman: Dua pertuduhan, satu jalan

Hakim Afidah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman penjara satu tahun bagi setiap pertuduhan, namun memerintahkan hukuman berjalan serentak — bermaksud Bonia akan menjalani hanya satu tahun penjara secara keseluruhan, bermula hari ini.

Laporan polis dibuat selepas kes dikesan

Menurut fakta kes, seorang wakil daripada pertubuhan tersebut membuat laporan polis selepas menyedari Bonia, yang ketika itu masih bekerja sebagai pembantu jururawat, gagal menyerahkan wang kutipan pelanggan kepada pihak organisasi.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadzri Azham Zainudin, manakala Bonia diwakili oleh peguam Athur Liang Dawat. Siasatan kes dijalankan oleh Inspektor Lai Hwa Yen dan Sarjan Steven Kamarau, menurut laporan media tempatan.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kes kecurian:

Pura-Pura Membantu, Lelaki OKU Dipenjara 7 Bulan Selepas Curi Duit Warga Emas Dan Lelaki Buta
Pemuda 19 Tahun Diberkas di Miri, Disyaki Terlibat Kecurian Kediaman
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 3 Jambatan Baharu Dibina, Ini Laluan Baharu Samrahan-Kuching Yang Anda Kena Tahu 3 Jambatan Baharu Dibina, Ini Laluan Baharu Samarahan-Kuching Yang Anda Kena Tahu
Next Article 4 Hari Tanpa Elektrik, Guru Pedalaman Ulu Baram Desak Kemudahan Asas Diselesaikan 4 Hari Tanpa Elektrik, Guru Pedalaman Ulu Baram Desak Kemudahan Asas Diselesaikan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?