• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Belajarlah Dari Orang Yang Bukan Kerja Kerajaan’, Isu Panas Tiada Bonus Untuk Raya

Oleh
ILB - AI
13 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Abang Jo umum tiada bonus untuk raya, ramai rakyat kecewa

‘Belajarlah Dari Orang Yang Bukan Kerja Kerajaan’, Isu Panas Tiada Bonus Untuk Raya. Baru-baru ini, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan tiada bonus Raya Aidilfitri kepada rakyat, sebaliknya bonus akan diberikan pada penghujung tahun.

Tular di media sosial mengenai isu ‘panas’ mengenai perkara tersebut. Dipercayai pelbagai pandangan dan kritikan yang diujarkan oleh netizen di Sarawak.

Isu Panas Tiada Bonus Untuk Raya
Gambar hiasan. Sumber: adobestock

Belajar dari sektor swasta yang tidak menerima bonus dari kerajaan

Salah seorang rakyat Sarawak memuat naik satu hantaran di laman Facebook miliknya yang mengatakan bahawa penjawat awam harus belajar kehidupan seperti pekerja swasta yang memang tidak menerima bonus kerajaan tetapi tetap menyambut Raya.

“Belajarlah dari orang yang bukan keja kerajaan, takda bonus pun tetap Raya. Hujung tahun takda bonus, anak tetap sekolah,” luah salah seorang pengguna media sosial.

Raya dengan sederhana

Bukan itu sahaja, satu lagi postingan yang viral menyatakan bahawa walaupun tidak menerima bonus, bukan bermakna tidak dapat menikmati Hari Raya Aidilfitri. Malah, individu tersebut memberi nasihat untuk raya dengan bersederhana.

Isu Panas Tiada Bonus Untuk Raya
Gambar hiasan. Sumber: malaysiakini

“Bersederhana lah, ada orang yang tidak pernah terima bonus dalam hidupnya, bahkan bantuan pun tidak ada, tetapi tetap raya juga. Itu tanda kemenangan kita berpuasa,” kata salah seorang pengguna media sosial menyuarakan pendapatnya.

Banyak tempahan dibatalkan

Sementara itu, ada juga yang membuat perkongsian mengatakan banyak baju raya dan kuih raya yang ditempah dibatalkan pada saat-saat akhir kerana Abang Jo mengisytiharkan tidak menerima bonus.

Walaupun tidak menerima insentif kerajaan, rata-rata netizen menyarankan agar menikmati dan bergembira semasa perayaan mengikut kemampuan masing-masing bagi meraikan sebulan berpuasa.

Baca juga kisah yang berkaitan dengan bonus:

TERKINI: Abang Jo Umum Tiada Bonus Untuk Raya Tahun Ini
Sempena Perayaan Aidilfitri Dan Gawai, Sarawak Umum Bonus Sebanyak RM 500 Bagi Penjawat Awam
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berita Baik, Kerajaan Setuju Beri 'Harga Diskaun' Tiket Penerbangan Untuk Mahasiswa IPTA Berita Baik, Kerajaan Setuju Beri ‘Harga Diskaun’ Tiket Penerbangan Untuk Mahasiswa IPTA
Next Article Owner Sibuk Kerja, Pesan Abang Grab Tolong Bagi Makan Anjing Peliharaan Raih Perhatian Netizen Owner Sibuk Kerja, Pesan Abang Grab Tolong Bagi Makan Anjing Peliharaan Raih Perhatian Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?