• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Berang Dapat Review ‘Jujur’, Owner Restoran Bangga Dedah Ludah Makanan Influencer Di FB

Oleh
Aina Musa
18 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Berang Dapat Review 'Jujur', Owner Restoran Bangga Dedah Ludah Makanan Influencer Di FB

Gara-gara enggan terima komen jujur dari influencer

Berang Dapat Review ‘Jujur’, Owner Restoran Bangga Dedah Ludah Makanan Influencer Di FB. Kerjaya sebagai seorang influencer bukanlah mudah. Walaupun nampak senang dari luaran, dari sisi buruknya pula perlu berhadapan dengan kecaman daripada netizen.

Inilah yang berlaku kepada seorang influencer gara-gara membuat review jujur di sebuah restoran makanan barat. Difahamkan, pemilik kedai tersebut berang kerana influencer itu mengatakan makanan dikedainya tidaklah begitu sedap seperti yang dikatakan oleh influencer lain.

Susulan itu, pemilik restoran itu mengaku telah meletakkan ‘special ingredient’ di dalam makananya selepas itu.

Ini kronologinya

Perkara tersebut didedahkan menerusi ciapan @Cikgu_Anep, apabila tangkap layar hantaran pemilik restoran tersebut tular di Twitter.

Berang Dapat Review 'Jujur', Owner Restoran Bangga Dedah Ludah Makanan Influencer Di FB
Berang Dapat Review ‘Jujur’, Owner Restoran Bangga Dedah Ludah Makanan Influencer Di FB. Kredit: Twitter

“Bilalah influencer ini nak datang kedai saya. Yang sorang dah ‘check-mate’ kena ‘special ingredient’ dalam makanan. Hanya budak hotel sahaja yang tahu apa saya maksudkan.” – Pemilik restoran

Rahsianya mula terbongkar apabila salah seorang netizen mendedahkan makna ‘special ingredient’ yang dimaksudkan.

Berang Dapat Review 'Jujur', Owner Restoran Bangga Dedah Ludah Makanan Influencer Di FB

“Special ingredient itu kalau budak hotel maksudnya makanan itu sudah kena ludah atau kahak. Takda maksud tersirat lain dah, memang itu maksudnya.

“Walaupun bukan budak hotel pun tahu, banyak restoran yang buat. Kalau ada pelanggan ‘meroyan’ sikit, makanan diorang akan kena ludah, air liur berkahak, tahi hidung, kuku kaki, dan taik telinga.

“‘Special customer’ bermaksud pelanggan banyak bunyi. Jadi dapatlah apa-apa yang jijik untuk kenakan pelanggan yang kurang ajar itu,” jelasnya.

Berang Dapat Review 'Jujur', Owner Restoran Bangga Dedah Ludah Makanan Influencer Di FB

Pendedahan pemilik restoran tersebut mengejutkan netizen dan pelanggannya.

Rata-rata menganggap tindakannya itu menjijikan dan ada yang juga mendakwa restoran tersebut sememangnya jenis yang tidak boleh menerima kritikan dari pelanggan mengenai makanannya.

Baca lagi artikel menarik:

‘Vote’ Laksa Sarawak Dari Laksa Penang, Undian Syed Saddiq Cetus Perang Antara Netizen
Flight Pulang KL Penuh, Gelagat Azhan Rani Naik ‘Perauk Tambang’ Cuit Hati Netizen Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ajak Orang Ramai Tolak 'Program Laknat', PAS Kaitkan Konsert Coldplay Dengan Bencana Alam Ajak Orang Ramai Tolak ‘Program Laknat’, PAS Kaitkan Konsert Coldplay Dengan Bencana Alam
Next Article ‘Tiba-Tiba Dia Sentuh Dada Saya’, Wanita Ini Kena Gangguan Seksual Semasa Berjoging

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?