• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Beri Pendapat Rasis, Henry Golding ‘Sound’ Bekas Miss Universe Malaysia

Oleh
ILB - AI
2 Jun 2020
Kongsi
4 Min Bacaan
Beri Pendapat Rasis, Henry Golding 'Sound' Bekas Miss Universe Malaysia

Pendapat Yang Mengundang Kemarahan Netizen

Beri Pendapat Rasis, Henry Golding ‘Sound’ Bekas Miss Universe Malaysia. By now, seluruh dunia sudah tahu tentang kematian seorang individu berkulit hitam yang dibunuh oleh 4 polis di Amerika Syarikat. Insiden sedih ini berlaku di Minneapolis, AS, dimana leher mangsa iaitu George Floyd, ditindih menggunakan lutut sehingga mangsa sukar bernafas dan kemudiannya meninggal dunia.

Sebagai respons, kebanyakan warganegara Amerika Syarikat yang terdiri daripada berbilang kaum termasuk orang berkulit hitam mengadakan demonstrasi sebagai protes terhadap tindakan pegawai polis tersebut. Kini, isu ini semakin mendapat perhatian daripada warga di seluruh dunia, tidak ketinggalan juga negara Malaysia.

Terkini, seorang bekas ratu cantik dikecam hebat setelah mengeluarkan pendapat berbaur rasis di laman sosial beliau. Antara selebriti yang mengecam tindakan beliau ialah Henry Golding, pelakon Hollywood berdarah Sarawak.

Beri Pendapat Rasis, Henry Golding ‘Sound’ Bekas Miss Universe Malaysia

“Two-bit Celeb”

In case anda terlepas baca, bekas ratu cantik terbabit iaitu Samantha Katie James, yang merupakan bekas Miss Universe Malaysia 2017, dikecam oleh warga Malaysia atas pernyataan pendapat berbaur rasis mengenai hal yang sedang berlaku di Amerika Syarikat.

“Anda dipilih untuk dilahirkan mempunyai warna kulit berbeza dengan sebab. Untuk mempelajari sesuatu.”

Pendapat beliau tidak disenangi oleh orang ramai kerana ia tidak menunjukkan sensitiviti terhadap masyarakat yang hidup berbilang kaum. Perkara ini disokong oleh salah seorang pelakon Hollywood yang membintangi filem Crazy Rich Asians iaitu Henry Golding. Beliau merupakan pelakon berdarah kacukan Iban dan Inggeris.

Beliau menunjukkan semangat solidariti bersama orang ramai dengan meluahkan teguran dan kekecewaan terhadap bekas ratu cantik tersebut melalui Instastory di Instagram.

“Anda tidak mengetahui apa orang berkulit hitam lalui dari hari ke hari. Jika anda berkata perkara buruk seperti itu, anda mesti ditegur,”

Pelakon tersebut berpendapat bahawa individu berpengaruh seperti Samantha seharusnya menggunakan platform tersebut untuk menyuarakan pendapat dan mendidik masyarakat tentang perkara sebenar yang tidak diketahui oleh orang ramai. Terutamanya, tentang isu masyarakat yang ditindas dan tidak diberikan keadilan kerana dikawal oleh kuasa dan wang.

“Ideologi Demonstrasi #BlackLivesMatter Dengan Demonstrasi Baju Kuning Di Malaysia Adalah Sama“

Menurut beliau, Malaysia juga telah melalui pelbagai cabaran dalam tempoh masa beberapa tahun kebelakangan ini. Rakyat Malaysia juga melakukan demonstrasi aman semata-mata untuk memperjuangkan suara mereka, contohnya seperti demonstrasi baju kuning. Jelasnya lagi, jika bekas ratu cantik tersebut pernah menyertai perjuangan seperti itu, beliau pasti akan memahami mengapa demonstrasi #BlackLivesMatter diadakan.

Tambahnya lagi, jika kita ingin Malaysia maju ke depan, ia harus bermula dengan diri kita sendiri.

Beliau mengakhiri kiriman instastory tersebut dengan menegaskan bahawa beliau tidak akan membiarkan masyarakat mempunyai persepsi yang salah terhadap apa yang berlaku. Lebih-lebih lagi negara Malaysia yang mempunyai sejarah masyarakat berbilang kaum yang masih dipegang teguh sehingga hari ini.

Ingat sahabat, warna kulit, bangsa mahupun agama bukanlah alasan untuk anda mendiskriminasi mereka daripada bergaul dan berasimilasi dengan kehidupan kita.

Lebih lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Seru Penyokong Khabib Untuk ‘Fight’, Lelaki Ini Dibelasah Teruk Gara-Gara Hina Agama
Next Article Sabah Negeri Pertama Buka Semula Pelancongan Lokal

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?