• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Beriadah Hujung Minggu Jadi Tragedi, Seorang Lelaki Maut Terdampar Di Pantai Bintulu

Oleh
ILB - AI
11 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Sekujur tubuh ditemui terdampar di Pantai Bintulu

Beriadah Hujung Minggu Jadi Tragedi, Seorang Lelaki Maut Terdampar Di Pantai Bintulu. Ajal maut ni memang tiada siapa yang boleh jangka. Itulah yang selalu orang pesan, malang tidak berbau. Dalam seronok-seronok kita beraktiviti pun boleh jadi asbab kita menemui ajal.

Di Bintulu, sekujur tubuh lelaki telah ditemui terdampar di sebuah pantai di Bintulu oleh penduduk kampung sebelum dilaporkan kepada pihak penyelamat.

Beriadah Hujung Minggu Jadi Tragedi, Seorang Lelaki Maut Terdampar Di Pantai Bintulu
Beriadah Hujung Minggu Jadi Tragedi, Seorang Lelaki Maut Terdampar Di Pantai Bintulu. Sumber gambar: FB Bintulu News Page

Mangsa beriadah bersama rakannya sebelum dikhuatiri hanyut dibawa arus deras laut

Mangsa yang ditemui telah disahkan meninggal oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu sejurus menerima laporan. Mangsa adalah seorang remaja lelaki yang berusia 17 tahun yang berasal dari negara jiran, Indonesia bersama 3 lagi rakannya sedang melakukan aktiviti beriadah di hujung minggu di Pantai Kuala Nyabau, Bintulu.

Namun, nasib tidak menyebelahi mangsa yang bernama Riyan apabila mangsa telah hanyut dibawa arus deras laut dan tidak sempat diselamatkan. Rakan mangsa yang juga remaja lelaki yang berusia 18 tahun turut mengalami insiden yang sama namun sempat pula diselamatkan oleh orang awam yang turut berada di kawasan pantai.

Beriadah Hujung Minggu Jadi Tragedi, Seorang Lelaki Maut Terdampar Di Pantai Bintulu
Beriadah Hujung Minggu Jadi Tragedi, Seorang Lelaki Maut Terdampar Di Pantai Bintulu. Sumber gambar: FB Bintulu News Page

Dengan berlaku insiden ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pasukan penyelamat telah dilancarkan dan akhirnya mayat mangsa telah terdampar di kawasan pantai berdekatan di Bintulu pada pukul 6.40 pagi.

Untuk orang awam yang lain, pada hujung-hujung tahun ni, digalakkan supaya lebih berhati-hati untuk melakukan aktiviti di pantai kerana keadaan laut yang bergelora dan arus yang deras sepertinya sering terjadi pada penghujung tahun.

SUMBER :FB Bintulu News Page
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nikmati Keenakan Dim Sum Premium & Halal Di Imperial Garden Restaurant, Kuching
Next Article Parkir Di Tempat Letak Kenderaan OKU Di Kubah Ria, Pemandu Myvi Ini Buat Netizen Bengang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?