I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Berikut Adalah Apa Yang Anda Perlu Bawa Jika Didapati Positif COVID-19
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Berikut Adalah Apa Yang Anda Perlu Bawa Jika Didapati Positif COVID-19

Last updated: 25/01/21 1:41 PM
Husna Hazmi
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

Jika anda didapati positif, jangan panik dan ikut langkah-langkah yang telah dikongsi oleh Jessica Wiliams ini.

Berikut Adalah Apa Yang Anda Perlu Bawa Jika Didapati Positif COVID-19. Jika anda didapati positif, segera hubungi ambulan, dan mereka akan segera membawa anda ke pusat kuarantin atau wad di hospital. (Dilarang sama sekali untuk menaik kenderaan e-hailing atau menaiki bas.)

Berikut adalah perkongsian daripada Jessica Wiliams mengenai perkara yang anda perlu bawa di hospital ataupun pusat kuarantin jika anda didapati positif covid-19:

1. Kad pengenalan, telefon pintar anda dan pengecaj telefon.

2. Surat daripada doktor dan juga rekod klinik kesihatan jika ada.

Berikut Adalah Apa Yang Anda Perlu Bawa Jika Didapati Positif COVID-19
Berikut Adalah Apa Yang Anda Perlu Bawa Jika Didapati Positif COVID-19. Gambar hiasan

3. Ubat-ubatan dari hospital atau klinik kesihatan jika ada – terutamanya inhaler/MDI/ubat gout/darah tinggi/kencing manis. Bawa sekali pen, jarum, bekalan insulin jika ada.

4. Pelitup muka ataupun face mask. -untuk hospital besar, ada sediakan mask untuk pesakit.

5. Segala keperluan mandian seperti sabun, shampoo berus gigi, ubat gigi, selipar, tuala wanita yang secukupnya bagi para wanita.

6. Baju dan seluar dalam yang secukupnya, tuala mandi – utk di hospital besar tiada tempat jemur – kalau ada seluar dalam disposable adalah lebih baik.

7. Pakaian yang secukupnya (biasanya jika tiada masalah, kuarantin 11-14 hari sahaja) – hospital juga ada menyediakan baju pesakit jadi anda tidak perlu bimbang untuk membasuh menjemur pakaian. – Di pusat kuarantin pula, biasanya anda kena basuh dan jemur kain anda sendiri.

Berikut Adalah Apa Yang Anda Perlu Bawa Jika Didapati Positif COVID-19
Gambar hiasan

8. Makanan kering dan minuman 3 in 1 jika anda rasa kuat makan dan jenis yang pandai lapar tengah malam – bawa botol air yang boleh jadi gelas bancuh minuman panas sendiri – bawa botol air untuk minuman air putih – di hospital besar ada water filter – di pusat kuarantin mungkin ada dibekalkan botol air mineral.

9. Buku doa sembahyang, atau keperluan sembahyang (hospital queen ada sediakan keperluan sejadah, al quran, telekung untuk yang muslim) tetapi di pusat kuarantin mungkin perlu bawa sendiri.

10. Buku nota untuk tulis luahan perasaan dan juga pen

11. Jangan bawa wang tunai yang berlebihan, barang kemas segala silĂ  simpan dirumah, hospital tidak bertanggungjawab jika kehilangan barang peribadi, kerana bayaran di hospital kerajaan adalah percuma. Selain itu, membeli belah di kantin hospital adalah tidak dibenarkan.

12. Laptop boleh bawa atas risiko sendiri.

13. Kepada warga emas: Jika ada gigi palsu bawalah nanti tidak dapat makan, kalau sukar bergerak contohnya pesakit strok, bawalah pampers dan juga tisu basah.

Berikut Adalah Apa Yang Anda Perlu Bawa Jika Didapati Positif COVID-19
Gambar hiasan

Foodpanda atau grab untuk pesakit tidak dibenarkan

Jika sudah sampai di wad, anda tidak dibenarkan sama sekali untuk balik ambil barang anda yang tertinggal. Delivery foodpanda atau grab untuk pesakit juga tidak dibenarkan. Makanan hospital ada disediakan.

Untuk hospital covid memang hanya pesakit yang berumur 12 tahun ke atas sahaja boleh masuk, jika ada penyakit kronik biasanya akan masuk ke wad covid hospital besar dan anak-anak berpenyakit kronik jika positif memang akan masuk ke wad kanak-kanak. (Ini kenyataan paling buat runtun jiwa bagi ibu bapa, jadi kalau boleh elakkan daripada dijangkiti.)

Jika tiada penyakit kronik dan stabil – ke pusat kuarantin kesihatan. Untuk hospital covid memang ada larangan membawa masuk sebarang benda daripada luar ke dalam wad jadi bijaklah membawa apa yang patut.

Dan pastikan apa yang dibawa masuk itu, mudah untuk dinyahkuman kerana kita tidak mahu bawa jangkitan balik ke rumah pula.

Lagi di sini:

Husna Hazmi 25 Januari 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Sarawak Catat 2 Kes Kematian Baharu, 229 Kes Positif Baharu
Next Article Mengamuk Cuba Musnahkan Kedai Makan Di Sarikei, Tiga Lelaki Ditahan Polis

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Berita Malaysia

Semudah ABC, Ini Langkah Untuk Daftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter

7 Ogos 2022
Berita Malaysia

Seminggu Lagi Mahu Bertunang, Gadis Ini Minta Putus Gara-Gara Ibu Mahu Menantu Kerja Kerajaan

7 Ogos 2022
Berita Malaysia

Skuad Dota 2 Wanita Negara Raih Emas Kejohanan E-Sukan Komanwel

7 Ogos 2022
Berita Malaysia

Malaysia Berpotensi Jadi Pengeluar Besar Graphene Diperbuat Dari Isirung Kelapa Sawit

6 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?