• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berita Baik, Brunei Ubah Caj EES Keatas Individu Jadi Caj Per Kenderaan Mulai Isnin Depan

Oleh
ILB - AI
8 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kerajaan Negara Brunei ubah caj pembayaran Exit & Entry System (EES)

Berita Baik, Brunei Ubah Caj EES Keatas Individu Jadi Caj Per Kenderaan Mulai Isnin Depan. Sejak keadaan Covid-19 mula reda, bukan sahaja Malaysia malah kerajaan Brunei juga telah mula membuka laluan keluar masuk Brunei untuk orang awam.

Jadi, seperti yang kita sedia maklum, untuk masuk ke Brunei kita akan melepasi sempadannya yang akan dikenakan caj perkhidmatan yang dikenali sebagai Exit & Entry System (EES).

Berita Baik, Brunei Ubah Caj EES Keatas Individu Jadi Caj Per Kenderaan Mulai Isnin Depan
Berita Baik, Brunei Ubah Caj EES Keatas Individu Jadi Caj Per Kenderaan Mulai Isnin Depan. Sumber gambar: FB Negara Brunei Darussalam

Berita baik kerana ianya akan berkuatkuasa mula Isnin ini, 12 Disember

Sebelumnya, caj ini akan dikenakan kepada setiap individu yang akan melalui sempadan Brunei dan caj ini adalah secara satu hala. Namun, berita baik untuk semua rakyat Malaysia dan Brunei apabila caj EES ini akan dikenakan secara per kenderaan dengan syarat-syarat tertentu.

Perubahan ini akan berkuatkuasa serta merta pada Isnin, 12 Disember 2022 dimana ke bagi kenderaan dengan muatan tidak melebihi 7 orang termasuk pemandu akan dikenakan caj sebanyak BND3.00 setiap kenderaan.

Manakala untuk kenderaan yang muatannya lebih daripada 7 sehingga 25 orang termasuk pemandu, BND6.00 akan dikenakan. Seterusnya, kenderaan seperti bas yang muatannya lebih daripada 25 orang termasuk pemandu pula akan dikenakan caj sebanyak BND10.00.

Untuk kenderaan komersial pula, BND6.00 akan dikenakan keatas kenderaan yang tidak memerlukan pemeriksaan melalui mesin pengimbas dan BND10.00 akan dikenakan keatas kenderaan yang perlu diimbas.

Berita Baik, Brunei Ubah Caj EES Keatas Individu Jadi Caj Per Kenderaan Mulai Isnin Depan
Berita Baik, Brunei Ubah Caj EES Keatas Individu Jadi Caj Per Kenderaan Mulai Isnin Depan. Sumber gambar: FB Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS

Kesemua caj yang dikenakan keatas kenderaan ini adalah caj pembayaran satu hala sahaja dan tidak ada pengecualian termasuk tempat pendaftaran kenderaan terbabit.

Namun,caj ini hanya akan dikecualikan kepada penjalan kaki, pengguna motorsikal dan basikal dan kenderaan yang dimiliki oleh Kerajan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan luar negara termasuk kenderaan milik pegawai Kerajaan Negara Brunei dan kerajaan negara luar serta kenderaan milik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Bukan itu sahaja, kenderaan khusus seperti Ambulans, Bomba, Polis dan kenderaan yang digunakan atas tujuan pengebumian juga akan dikecualikan. Kenderaan yang digunakan oleh mana-mana pihak di bawah Diplomatic Privileges (Vienna Convention) Act (Chapter 117) dan Consular Relations Act (Chapter 118) turut dikecualikan.

Jadi, mana-mana orang awam yang telah melakukan pembayaran caj EES ini sebelum 12 Disember tetapi akan melakukan perjalanan keluar masuk Brunei pada 12 atau selepas 12 Disember, pemulangan bayaran balik akan diuruskan oleh pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

Dengan berita baik, diharapkan orang awam akan banyak melakukan pergerakan keluar masuk Brunei supaya dapat merancakkan ekonomi dan hubungan dua negara antara Malaysia dan Brunei ini.

SUMBER :FB Negara Brunei DarussalamFB Unit Komunikasi Awam Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
Next Article Nyaris 'Accident' Di Sejingkat, Netizen Berang Jalan Gelap Tanpa Lampu Jadi Punca Nyaris ‘Accident’ Di Sejingkat, Netizen Berang Jalan Gelap Tanpa Lampu Jadi Punca

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?