• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berita Baik, Sarawak Bakal Dapatkan ‘Direct Flight’ Dari China

Oleh
Aina Musa
17 Mei 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Berita Baik, Sarawak Bakal Dapatkan 'Direct Flight' Dari China

Berita baik untuk warga Sarawak dan pelancong luar!

Berita Baik, Sarawak Bakal Dapatkan ‘Direct Flight’ Dari China. Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dimaklumkan bahawa kerajaan negeri dalam usaha menambah kemasukan penerbangan antarabangsa secara terus ke negeri itu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil berkata, usaha sedang dilaksana bagi mendapatkan penerbangan terus dari China dan Indonesia.

Berita Baik, Sarawak Bakal Dapatkan 'Direct Flight' Dari China
Berita Baik, Sarawak Bakal Dapatkan ‘Direct Flight’ Dari China. Kredit: Harian Metro

“Dalam hal ini, (lapangan terbang) Kuching akan menerima penerbangan pertama dari Jakarta pada 15 Jun ini,” katanya menjawab pertanyaan Yap Yau Sin (GPS-Kota Sentosa).

Menurutnya, setiap minggu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) menerima 488 penerbangan daripada lapan syarikat dengan 41 daripadanya adalah penerbangan antarabangsa.

Katanya, penerbangan itu disediakan empat syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines, AirAsia, Scoot (Singapura) dan Royal Brunei (Brunei).

“Enam lagi syarikat menyediakan 447 penerbangan domestik iaitu Malaysia Airlines, AirAsia, FireFly, Batik Air, My Airline dan MasWing.

“AirAsia menyediakan 19 penerbangan antarabangsa dari Singapura iaitu 12 penerbangan ke Kuching, tujuh ke Miri dan empat ke Sibu, manakala Malaysia Airlines sebanyak enam penerbangan dari Singapura ke Kuching.

Berita Baik, Sarawak Bakal Dapatkan 'Direct Flight' Dari China

“Scoot pula menyediakan sebanyak tujuh penerbangan setiap minggu dari Singapura ke Kuching dan tiga penerbangan dari Singapura ke Miri, manakala Royal Brunei pula sebanyak dua penerbangan seminggu dari Bandar Seri Begawan ke Kuching,” katanya.

Bagi penerbangan domestik pula, Dr Jerip berkata, AirAsia penyedia tertinggi dengan 230 penerbangan berbanding 447 penerbangan

“Ia membabitkan 73 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, 31 penerbangan ke Sibu, 23 ke Miri dan 17 ke Bintulu, manakala dari Kota Kinabalu ke Kuching pula sebanyak 21, ke Sibu sebanyak tujuh, 17 ke Miri dan lima ke Sibu.

“Dari Johor Bahru pula, pesawat AirAsia menyediakan 18 penerbangan ke Kuching, 12 ke Sibu dan empat ke Miri, manakala dari Pulau Pinang ke Kuching sebanyak dua penerbangan dan Kota Bharu ke Kuching pula sebanyak tiga penerbangan setiap minggu,” katanya.

Berita Baik, Sarawak Bakal Dapatkan 'Direct Flight' Dari China

Sementara itu, katanya, FireFly menyediakan sebanyak 14 penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching setiap minggu, Batik Air 22 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, My Airline 21 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, manakala MasWing pula tiga penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuching.

Baca lagi artikel menarik:

Kuching Bakal Buat Direct Flight Pertama Ke Jakarta Pada Bulan Hadapan
Dijangka Mulai Bulan Mei Ini, FireFly Airlines Buat ‘Direct Flight’ KK- Kuching Dan Kuching- Miri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuching Bakal Buat Direct Flight Pertama Ke Jakarta Pada Bulan Hadapan Kuching Bakal Buat Direct Flight Pertama Ke Jakarta Pada Bulan Hadapan
Next Article Berita Baik Buat Semua, Borneo Cultures Museum Tawar Tiket Masuk Percuma Pada 18 Mei Ini Berita Baik Buat Semua, Borneo Cultures Museum Tawar Tiket Masuk Percuma Pada 18 Mei Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?