fbpx
Berita Dunia

10 Warga Malaysia Meninggal Akibat Covid-19 Di New York, 30 Disahkan Terjangkit

Dilaporkan Oleh Malaysia Association of America (MAA)

10 Warga Malaysia Meninggal Akibat Covid-19 Di New York, 30 Disahkan Terjangkit. Amerika Syarikat kini mempunyai bilangan kes Covid-19 tertinggi di dunia, dengan sekitar satu juta kes, termasuk 102,107 kematian dan 490,130 pulih.

Antara semua negeri di AS, New York mempunyai kadar jumlah jangkitan paling tinggi dengan 361,000 kes dan 23,282 kematian. Dilaporkan antara mereka adalah 30 warga Malaysia yang tinggal di New York telah dijangkit manakala 10 telah meninggal dunia akibat virus tersebut.

10 Warga Malaysia Meninggal Akibat Covid-19 Di New York, 30 Disahkan Terjangkit
10 Warga Malaysia Meninggal Akibat Covid-19 Di New York, 30 Disahkan Terjangkit

Dua Daripada Mereka Yang Terkorban Merupakan Ahli Jawatankuasa MAA

Menurut presiden MAA, Kim Bong, dua daripada jumlah warga Malaysia di New York yang meninggal akibat Covid-19 merupakan ahli jawatankuasa MAA.

“Salah seorang daripada mereka merupakan pemilik sebuah restoran, manakala seorang lagi dijangkit ketika menggunakan subway. Ini adalah kemunduran,” kata beliau melalui temu bual dalam talian.

Beliau menambah bahawa sepasang warga Malaysia yang berpusat di Brooklyn juga meninggal dunia dan mengatakan bahawa MAA mendapat panggilan minggu lalu untuk memberitahu mereka mengenai kematian pasangan itu. Beliau juga menyatakan bahawa beliau diberitahu tentang sekitar 30 warga Malaysia dijangkiti Covid-19 di New York.

10 Warga Malaysia Meninggal Akibat Covid-19 Di New York, 30 Disahkan Terjangkit
MAA telah menyumbangkan beberapa barang keperluan kepada para petugas barisan hadapan. Kredit: The Star

Tak Banyak Orang Mengambil Langkah-Langkah Berjaga

Kim Bong, yang menjalankan perniagaan perkapalan dan elektronik, mengatakan bahawa MAA telah memberikan sumbangan dengan mengatur perkhidmatan pengebumian untuk rakyat Malaysia yang telah meninggal dunia di sana.

“Masalah di New York adalah tak banyak orang mengambil langkah-langkah berjaga ketika permulaan pandemik, seperti menggunakan topeng muka. Hal ini datang kemudian,” ujarnya lagi.

10 Warga Malaysia Meninggal Akibat Covid-19 Di New York, 30 Disahkan Terjangkit
Tak banyak orang mengambil langkah berjaga ketika permulaan pandemik di AS, seperti tidak menggunakan topeng muka. Kredit: CNBC

Pengerusi bersama MAA, Jack Liaw, yang mengendali perniagaan perakaunan di Flushing, Queens, berkata beliau sangat sedih dengan kematian-kematian tersebut. Beliau menambah,

“Akibat perintah berkurung, kami tidak dapat menghadirkan diri ke pengebumian mangsa untuk memberi penghormatan terakhir. Sungguh menyedihkan kerana mereka telah kehilangan nyawa di tanah asing yang jauh daripada rumah asal mereka.”

Beliau juga berkata MAA telah menolong ahli keluarga mangsa dengan menghubungkan mereka ke rumah pengebumian. Namun, beliau berkata situasi kini ia sudah menjadi sukar mendapatkan upacara pengebumian kerana jumlah kematian Covid-19 yang semakin menaik di New York.

Takziah diucapkan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga mereka akibat virus ini. Semoga segala urusan dipermudahkan kepada mereka yang terjejas, terutamanya yang berada di tanah asing.

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close