fbpx
Berita Dunia

Belanja RM 1K Setahun Untuk Tisu Tandas, Amerika Baru Sedar Cuci Guna Air Lebih Menjimatkan

Baru kenal bidet ke tu?

Belanja RM 1K Setahun Untuk Tisu Tandas, Amerika Baru Sedar Cuci Guna Air Lebih Menjimatkan. Jika di Malaysia, pastinya ia sesuatu yang amat leceh sekiranya anda memasuki tandas kering. Dalam erti kata lain, tandas tersebut tidak menyediakan hos atau bidet air untuk mencuci selepas anda menunaikan ‘hajat’.

Bahkan, tandas tersebut jarang menjadi pilihan kerana kekurangan dari aspek tersebut. Apatah lagi semasa situasi genting.

Bidet adalah alternatif terbaharu kepada tisu tandas

Walau bagaimanapun, sebuah laman sesawang perkembangan teknologi, Digital Trends, melaporkan bahawa penggunaan bidet di Amerika merupakan alternatif baharu untuk menggantikan tisu tandas. Ini berikutan pelaksanaan perintah berkurung dan memaksa mereka untuk memikirkan jalan yang lebih menjimatkan dan bijak.

Err..okay.

via GIPHY

Kurangkan penggunaan tisu sebanyak 75%

Laporan tersebut turut menyebut bahawa penggunaan bidet iaitu alat yang mengeluarkan air untuk anda mencuci di tandas, dapat mengurangkan penggunaan tisu tandas sebanyak 75% atau lebih.

Di negara Uncle Sam itu, sebuah keluarga memerlukan sekitar 409 gulung tisu tandas biasa. Namun, sejak perintah berkurung dikuatkuasakan, penggunaan tisu tandas ini berkemungkinan diperlukan 24/7. Ini menjadikan jumlah penggunaan meningkat kepada 140% berbanding penggunaan hari biasa.

Belanja paling kurang RM 1,200 untuk tisu tandas setahun!

Jumlah ini bersamaan dengan sekurangnya-kurangnya USD 300 atau RM 1,200 setahun! Itu pun untuk tisu tandas yang mempunyai kualiti yang paling rendah. Jika inginkan tisu tandas yang lebih berkualiti, mereka harus membelanjakan jumlah yang lebih besar dari itu.

Belanja RM 1K Setahun Untuk Tisu Tandas, Amerika Baru Sedar Cuci Guna Air Lebih Menjimatkan
Sumber : The Wall Street Journal

Kini, mereka baru menyedari bahawa penggunaan bidet jauh lebih jimat kerana hanya menggunakan sejumlah 1/8 gelen air untuk satu kali cucian berbanding penghasilan segulung tisu tandas yang menggunakan 37 gelen air, 1.3 KWh elektrik dan 0.6 gram kayu.

Cuci guna air lebih ‘bersih’

Kebanyakan warga Amerika juga bersetuju bahawa mereka berasa lebih ‘bersih’ setelah menggunakan air melalui bidet berbanding tisu tandas yang hanya sekadar mengalihkan bakteria di kawasan tersebut. Tambahan, hanya 3 helai tisu tandas sahaja digunakan untuk mengeringkan anggota selepas cucian.

Belanja RM 1K Setahun Untuk Tisu Tandas, Amerika Baru Sedar Cuci Guna Air Lebih Menjimatkan
Belanja RM 1K Setahun Untuk Tisu Tandas, Amerika Baru Sedar Cuci Guna Air Lebih Menjimatkan

Tak guna bidet sebab mahal

Bidet tidak begitu popular di Amerika sebelum ini kerana ramai di antara mereka yang tidak terbiasa dengan sensasi dingin apabila tiba-tiba dicuci menggunakan air. Penggunaan air dalam tandas menyebabkan lantai tandas licin dan kotor. Satu lagi faktor ialah harganya yang agak mahal untuk sebuah bidet.

Namun, jika bidet yang berharga dalam lingkungan RM 500 ke RM 5,000 (harga Amerika) boleh digunakan selama bertahun-tahun, apa salahnya kan? Berbanding anda berbelanja tisu tandas pakai buang RM 1,000 untuk setahun.

Jika mereka lebih bijak dan tidak mahu berbelanja lebih, pasang sahaja paip air biasa di sebelah tandas dan sambungkan hos seperti di kebanyakan rumah orang Asia.

Belanja RM 1K Setahun Untuk Tisu Tandas, Amerika Baru Sedar Cuci Guna Air Lebih Menjimatkan

Pilihan di tangan orang Amerika. Yang penting, lebih bersih dan mesra alam sekitar.

Apa komen anda? Adakah anda lebih suka tisu tandas atau air? Kongsikan pandangan anda di laman komen.

Baca juga :

Sumber
Digital TrendsToday

Artikel Berkaitan

Back to top button