fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Dunia

Bermula 1 Januari 2021, Anda Mungkin Akan Mengalami Masalah Dengan Whatsapp

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
29 Disember 2020
Bermula 1 Januari 2021, Anda Mungkin Akan Mengalami Masalah Dengan Whatsapp
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula 1 Januari ini, sebahagian besar daripada mereka yang menggunakan applikasi Whatsapp akan terjejas.

Bermula 1 Januari 2021, Anda Mungkin Akan Mengalami Masalah Dengan Whatsapp. Bermula 1 Januari ini, sebahagian besar daripada anda akan mengalami masalah menggunakan aplikasi popular WhatsApp melalui telefon pintar anda.

Menurut laporan The Independent, jutaan telefon iPhone dan Android versi lama akan dijangka tidak dapat lagi untuk menyokong kemas kini terbaharu aplikasi itu dan sekali gus bakal memaksa pemilik gajet sama ada mengemas kini peranti mereka atau membeli telefon baharu.

Portal itu berkata, iPhone yang tidak menggunakan iOS 9 ke atas atau mana-mana telefon pintar yang tidak menggunakan sekurang-kurangnya Android 4.0.3 – juga dikenali sebagai Ice Cream Sandwich, tidak lagi boleh menggunakan aplikasi milik Facebook itu.

Bermula 1 Januari 2021, Anda Mungkin Akan Mengalami Masalah Dengan Whatsapp
Bermula 1 Januari 2021, Anda Mungkin Akan Mengalami Masalah Dengan Whatsapp

Tidak lagi boleh menggunakan WhatsApp

“Ini bermaksud model iPhone 4 ke bawah, tidak lagi boleh menggunakan WhatsApp kerana telefon jenis ini tidak mampu menyokong sistem operasi IOS9.

ArtikelBerkaitan

Takut Kantoi Dengan Isteri, Lelaki Ini Upah Juruteknik Untuk Pasang ‘Plash Speed’ Yang Sebenarnya PS5

Rindu Suasana Luar Negara? Cuba Laman Interaktif Memandu Di Bandar Seluruh Dunia Ini

“iPhone 4S, iPhone 5, iPhone 5S, iPhone 6, dan iPhone 6s kesemuanya dikeluarkan sebelum iOS9, tetapi masih boleh menyokong sistem operasi itu,” menurut laporan itu lagi.

Bagi telefon Android pula, antara jenis yang bakal kehilangan WhatsApp ialah Samsung Galaxy S2, HTC Desire, dan LG Optimus Black.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut, sekitar dua bilion pengguna WhatsApp di seluruh dunia tidak akan terjejas dengan kemas kini tersebut, tetapi hanya sebilangan kecil yang menjangkau jutaan orang akan mengalami masalah berkenaan.

Bermula 1 Januari 2021, Anda Mungkin Akan Mengalami Masalah Dengan Whatsapp
Bermula 1 Januari 2021, Anda Mungkin Akan Mengalami Masalah Dengan Whatsapp

Jenis Telefon Pintar yang terjejas

  • Apple iPhone 1-4
  • Samsung Galaxy S2
  • HTC Desire
  • LG Optimus Black
  • Motorola Droid Razr
  • Telefon Android dikeluarkan sebelum 2010
Bermula 1 Januari 2021, Anda Mungkin Akan Mengalami Masalah Dengan Whatsapp

Telefon Pintar yang perlu mengemas kini sekurang-kurangnya iOS9 atau Android OS 4.0.3

  • Apple iPhone 4S
  • iPhone 5
  • iPhone 5S
  • iPhone 6
  • iPhone 6S
  • Samsung Galaxy S3 ke atas
  • Samsung Galaxy Note
  • HTC Sensation
  • HTC Thunderbolt
  • LG Lucid
  • Motorola Droid 4
  • Sony Xperia Pro dan ke atas
Bermula 1 Januari 2021, Anda Mungkin Akan Mengalami Masalah Dengan Whatsapp

Whatsapp juga akan memperbaharui Syarat Perkhidmatannya

Selain itu, bermula pada tahun hadapan, Whatsapp juga akan memperbaharui Syarat Perkhidmatannya iaitu setiap pengguna perlu bersetuju dengan peraturan privasi baharu sekiranya ingin terus menggunakan applikasi tersebut.

Whatsapp telah mengesahkan kenyataan ini kepada The Independent bahawa semua pengguna “mesti setuju” dengan syarat yang baharu ini bermula pada 8 Februari 2021 jikalau tidak anda tidak akan dapat mengakses Whatsapp.

Kredit: Buletin Awani, The Independent

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy