fbpx
Berita Dunia

Boleh Rosakkan Handphone Android, Elak Guna Gambar ini Sebagai Wallpaper

Handphone Bersistem Android Tidak Disarankan Untuk Gunakan Wallpaper Ini

Boleh Rosakkan Handphone Android, Elak Guna Gambar ini Sebagai Wallpaper. BBC melaporkan sebuah fenomena aneh dimana sekeping gambar yang dijadikan wallpaper akan mengganggu sistem Android dalam telefon bimbit sehingga ia perlu ditetapkan ke tetapan semula kilang (factory reset).

Difahamkan, gambar terbabit mempunyai sebuah glitch yang menyebabkan segelintir telefon bimbit Android untuk hidup dan mati berulang kali. Buat setakat ini, hanya sistem Android sahaja yang mengalami masalah ini. But of course, now that you know jangan pula anda pergi cuba. Percuma nanti perlu factory reset, kan?

Boleh Rosakkan Handphone Android, Elak Guna Gambar ini Sebagai Wallpaper
Boleh Rosakkan Handphone Android, Elak Guna Gambar ini Sebagai Wallpaper

Fenomena Yang Bermisteri

Gambar tersebut, ditangkap oleh Gaurav Agrawal, iaitu seorang saintis dah jurugambar amatur berpusat di San Diego, AS, menunjukkan pemandangan tasik St. Mary di Taman Negara Glacier, Montana pada Ogos 2019. Gambar itu kemudian dimuat naik dalam laman Flickr, mengkongsikan imej terbabit kepada awam.

Namun, setelah dimuat turun dan digunakan sebagai wallpaper, ia menyebabkan segelintir telefon bimbit Android untuk mengalami kegagalan, sehingga terpaksa factory reset agar memadamkan segala data dalam telefon terbabit.

Setelah fenomena ini tular dalam Twitter, Gaurav Agrawal menghubungi pihak BBC untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Boleh Rosakkan Handphone Android, Elak Guna Gambar ini Sebagai Wallpaper
Gaurav Agrawal, jurugambar yang mengambil gambar itu. Kredit: Gaurav Agrawal

“Saya Tidak Buat Apa-Apa Dengan Sengaja.”

Berhubung dengan gambarnya yang tular itu, beliau berkata:

“Saya tidak buat apa-apa dengan sengaja. Saya sedih kerana gambar itu telah menyebabkan kesusahan kepada orang.”

Difahamkan hanya segelintir telefon bimbit Android yang mengalami masalah ini, terutamanya yang menggunakan Android Versi 10 dan ia tidak digalakkan untuk cuba menggunakan gambar ini sebagai wallpaper.

Mengenai gambar yang ditangkapnya, Gaurav berkata pada masa itu, ia adalah kali ketiga beliau dan isterinya kunjung ke sana. Mereka juga dalam misi mencari peluang untuk mengambil gambar yang cantik.

“Masa itu, hari sudah gelap dan mendung dan kami fikir kami tidak akan melihat matahari benam yang indah. Kami baru sahaja hendak bertolak dari sana tetapi pada saat itu, situasi bertukar,” kata beliau.

Setelah mengambil gambar pemandangan itu dengan kamera Nikonnya, beliau menyunting gambar itu dalam Adobe Lightroom. Dipercayai sebuah bug muncul dari perisian itu.

Pilihan Mod Warna Yang Mengelirukan Android

Untuk pengetahuan anda, Adobe Lightroom memberi tiga pilihan mod warna untuk mengeksportkan hasil suntingan. Difahamkan, Gaurav memilih mod yang mengelirukan sistem Android. Beliau berkata beliau tidak menyedari tentang glitch tersebut kerana beliau sendiri tidak pernah menggunakannya sebagai wallpaper.

“Saya tidak tahu format itu boleh menyebabkan ini. Saya guna telefon bimbit berjenama iPhone dan wallpaper yang digunakan sentiasa gambar isteri saya,” tambahnya lagi.

Beliau mempunyai sebanyak 10,000 pengikut dalam laman Flickr, malah hasilnya pernah diterbitkan oleh majalah National Geographic.

“Saya harap gambar saya menjadi tular atas sebab yang baik, tetapi mungkin untuk masa yang lain. Saya akan menggunakan format lain mulai sekarang,” ujarnya lagi.

Dua pakar dari firma keselamatan Pen Test Partners, Ken Munro dan Dave Lodge telah menjelaskan apa yang telah terjadi sehingga fenomena ini berkalu.

“Oleh kerana kualiti gambar digital telah meningkat, telefon perlu memeriksa apa itu ‘ruang warna’ gambar untuk mengetahui cara memaparkannya dengan betul. Sebagai contoh, bagaimana telefon mengetahui cara menampilkan warna hijau yang tepat.”

Tambah mereka lagi, terdapat pelbagai cara untuk menentukan ruang warna. Beberapa ruang mempunyai kegunaan khusus dalam reka bentuk grafik, jadi kadang-kadang anda akan melihat gambar yang tidak dalam format ‘Standard RGB’ biasa. Ia juga boleh membuat gambar yang mempunyai lebih banyak maklumat warna daripada apa yang boleh dikendalikan oleh beberapa device.

Jadi, apa yang telah berlaku di sini adalah bahawa cara sebilangan telefon menangani kes ini menjadi salah.

“Telefon itu mempunyai masalah kerana tidak tahu bagaimanana menghadapinya dengan betul, dan developer perisian mungkin tidak menganggap ini akan terjadi,” kata mereka lagi.

Lebih lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close