fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Dunia

Brunei Mengenakan Caj Perkhidmatan Dan Pas Khas Untuk Merentasi Sempadan Darat Sarawak-Brunei

Kedung BK by Kedung BK
7 Oktober 2020
Brunei Mengenakan Caj Perkhidmatan Dan Pas Khas Untuk Merentasi Sempadan Darat Sarawak-Brunei
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Berkuatkuasa Mulai 1 Oktober

Brunei Mengenakan Caj Perkhidmatan Dan Pas Khas Untuk Merentasi Sempadan Darat Sarawak-Brunei. Baru-baru ini, ia dilaporkan bahawa kerajaan Brunei Darussalam telah mengenakan caj perkhidmatan untuk warga Brunei, Malaysia dan warga asing lain yang merentasi sempadan darat Sarawak Brunei. Sebuah pas khas iaitu Frequent Commuter Pass (FCP) juga akan diperlukan sekiranya ingin berbuat demikian.

Brunei Mengenakan Caj Perkhidmatan Dan Pas Khas Untuk Merentasi Sempadan Darat Sarawak-Brunei
Brunei Mengenakan Caj Perkhidmatan Dan Pas Khas Untuk Merentasi Sempadan Darat Sarawak-Brunei

Caj perkhidmatan adalah B$3

Menurut sebuah pernyataan dikeluarkan oleh Konsulat Brunei menerusi kerajaan negeri, dijelaskan bahawa caj perkhidmatan sebanyak B$3 (sekitar RM9.30) dikenakan pada setiap individu setiap kali mereka merentasi pos sempadan darat Sarawak (Malaysia) dan Brunei.

ADVERTISEMENT

Bagi warga Brunei, Malaysia, dan warga negara asing yang kerap melakukan perjalanan sekurang-kurangnya 15 kali sebulan untuk tujuan pekerjaan atau pendidikan, mereka layak untuk memohon FCP.

Pas ini boleh dimohon secara dalam talian menerusi portal Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam (www.pmo.gov.bn/travelportal)

ArtikelBerkaitan

Remaja Berusia 16 Tahun Ditahan Rancang Membuat Serangan Di Dua Masjid

Bayi Dilahirkan Atas Perahu Masa Banjir, Ibu Bagi Nama Siti Noor Banjiriah

Pas boleh dimohon mengikut kesesuaian masa

FCP tersebut boleh dimohon untuk tempoh sebulan, 3 bulan atau 6 bulan dengan kadar bayaran berbeza.

ADVERTISEMENT

Untuk pas sebulan, kategori pekerja adalah B$50 untuk satu individu (sekitar RM152.30) manakala kategori pelajar adalah B$30 untuk satu individu (kira-kira RM91.40). Bagi pas 3 bulan, ia adalah B$150 untuk satu indvidu (kira-kira RM456.90) manakala pas 6 bulan adalah B$300 untuk satu individu (sekitar RM913.80) bagi kategori pekerja manakala kategori pelajar adalah B$180 (RM548.30)

Pengecualian daripada caj perkhidmatan akan diberikan kepada kenderaan yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia atau kerajaan negeri Sarawak untuk kegunaan rasmi, kereta bomba, ambulans atau polis, kenderaan yang membawa jenazah dan kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah.

ADVERTISEMENT

Pengecualian untuk kes khas boleh dilaksanakan melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam.

Lagi di sini:

Source: The Borneo Post
Share72Tweet45SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy